Pertelingkahan antara dua rakan serumah warga Myanmar sejak beberapa hari lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang mereka mati selepas kepala mangsa dihentak dengan tukul besi hingga mengakibatkan tengkorak kepalanya hampir pecah semalam.
Selain itu, kejadian pukul 11.30 pagi itu turut mengakibatkan telinga kanan Asyaraf Ali, 32, hampir putus selepas dikerjakan cukup-cukup oleh rakannya dikenali sebagai Basyar, 27. Dia telah melarikan diri selepas disyaki melakukan pembunuhan tersebut.
Kejadian di sebuah rumah kosong di Jalan Lengkok 2, Relau di sini itu disedari oleh sekumpulan rakan sekerja mangsa. Rumah itu terletak di kawasan kediaman yang dalam proses pembinaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan