Rabu, 7 Disember 2011

Siapa Berani Dengan Mamat Ni..Hartanya RM 4.6 Billion Beb...

Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.

Maklumat itu didedahkan sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia, lapor Malaysiakini.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister’s Sons’, disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit.

BMF juga mendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.

Taib juga sebelum ini menafikan ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah “bijak” dan “cekap”.

“Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan,” dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

“Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan,” katanya.

5 ulasan:

  1. Salam, bior ler deme bersuka hati di dunia ni...

    BalasPadam
  2. Kiak kaong, kiak kaong madah Taib jaik.. Kelak, ya wak di undi sidaknya..WTF!!

    BalasPadam
  3. Org kpg sik tauk keburukan BN. Sidak nyo nganga tv aja,ni dak parti BN menang. Yg sokong pakatan,yg ada internet,yg tau keburukan parti BN sik mendaftar pun. mcmne pakatan dak menang. Kembang idung taib menang jadi pencuri/penyamun terhormat di Swak.Mun mauk pakatan menang cetak byk risalah serta gambar sekali,tunjuk bukti sekali.Mun ceramah, org kpg mudah digoda dgn karoeke serta cabutan lcd serta hamper. Pakatan mana ada buat mcm iya. Ati kamek nang sik suka politik mcm iya, tapi apa boleh buat,mun kamek aja sik suko,sedangkan yg rajin turun ngundi kelak palui sejak azali agi.

    BalasPadam
  4. Biar kan ia sebagai istidraj ke atas pemimpin yang zalim...hidup di dunia ini sekejap sahaja..kumpulkan banyak-banyak harta haram dan berbuat kezaliman..lagi banyak dikumpul lagi banyak yang akan dihisab..lagi banyak hisab lagi banyak keadilanNya akan dilakukan...sesungguhnya janjiNya tetap benar....

    BalasPadam
  5. tak kemana kekayaan tanpa kejujuran...

    BalasPadam