Jumaat, 23 Disember 2011

Umno Kantoii Lagi Dengan Mamat Nii..


Ada yang nak Ludah (Macam budak-budak zaman gua kecik dulu) ada pulak yang nak bagi pelempang (ingat anak kambing apa..??) dan yang terkini,ugut pulak bapa Adam,Semuanya ini adalah perangai Jakun pemuda Umno yang tak reti undang-undang dan mengaku jadi Panglima Melayu..ngeh..ngeh..ngeh..

Kenyataan terkini Pakar Undang2 menyatakan bahawa tiada peruntukan undang-undang boleh diambil terhadap penuntut tahun tiga dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Disember lalu.

Pakar Undang-undang Perlembagaan dan Jenayah, Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, negara ini tidak mempunyai peruntukan undang-undang yang jelas bagi membolehkan Adam didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.

Menurutnya, hanya undang-undang dalam Suruhan­jaya Pilihan Raya (SPR), dengan jelas mengatakan seseorang atau parti politik tidak boleh menurunkan bendera orang lain dan meletakkan bendera sendiri.

“Peruntukan itu terdapat dalam SPR (tidak membenarkan bendera diturunkan), tetapi secara spesifiknya, undang-undang negara tidak menjelaskan perkara ini dan ia tidak boleh dianggap satu kesalahan atau dianggap perbuatan menyalahi undang-undang dan bersifat jenayah.

“Namun, pihak polis boleh mengambil tindakan jika mempunyai peruntukan khas di bawah bidang kuasanya untuk mensabitkan Adam melalui undang-undang tertentu,” katanya.
Beliau yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, kesalahan yang dilakukan Adam berbentuk moraliti kerana memperlekeh Ketua Negara, Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia.

Katanya, menurunkan bendera Najib turut merendah-rendahkan pandangan majoriti rakyat di negara ini yang melantiknya sebagai Perdana Menteri melalui pilihan raya dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi.

“Jika Adam tidak suka pada Najib, dia perlu terima hakikat suara majoriti melantiknya dan jika dia (Adam) beranggapan itu tidak menjadi kesalahan, bagi saya dia menghadapi masalah moral yang amat besar. Dan pihak universiti pula boleh mengenakan disiplin pada Adam kerana tindakan itu boleh memalukan nama baik universiti berkenaan.

“Malah, mereka (Upsi) boleh memberi amaran tegas dan nasihat Adam tidak lakukan perkara sama yang boleh merosakkan imej UPSI pada masa depan,” katanya.


5 ulasan:

  1. keliru jugak kita antara bendera dengan gambar..? apakah najib ada bendera peribadi?
    kalau turunkan bendera memang boleh jadi isu yang hangat, tapi kalau gambar tu mungkin boleh rasa tersinggung (hangat hati) dan tentunya ada sebab yang boleh jadi orang lain hangat hati sangat-sangat....
    orang tua kita dah pesan, kalau tak mahu nak berkelahi jangan cuba nak buat orang lain marah...

    BalasPadam
  2. TAK PA KALU SALAH LEPAS NI ADAM BOLEH TURUNKAN BENDELA LOSMAH PULAK KAGKAHKAH !

    BalasPadam
  3. Sebelum ini dilaporkan jumlah pembaca harakah online menurun dengan mendadak sekali sejak akhir akhir ini. Pengaruh portal berita PAS dilaporkan jatuh merudum dengan teruk ditambah dengan dikaitkan dengan beberapa saman fitnah yang mencecah jutaan ringgit.

    Baru baru ini Harakah turut didapati bersalah kerana mengfitnah Ummi Hafilda dan didenda RM150 ribu.Ini memberi tamparan yang hebat buat PAS kerana dengan imej Islam yang dibawa tetapi mereka telah menghalalkan fitnah untuk meraih sokongan.

    Seperti portal online Harakah,penjualan Harakah dikhabarkan telah turun mendadak dengan banyak sekali .Jika dibandingkan pada tahun 1999 jumlah cetakan suratkhabar Harakah mencecah setengah juta naskah.

    Daripada setengah juta naskah sekarang ini jumlah tersebut merudum dengan teruk sekali apabila hanya secara puratanya hanya mampu terjual didalam sekitar 80 ribu naskah.

    Jumlah jualan surat khabar Harakah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan akhbar tabloid yang lain seperti Sinar Harian 180 ribu sehari,Berita Harian 160ribu sehari dan surat khabar yang paling dibenci oleh pakatan Utusan Malaysia 170 ribu naskah sehari.

    Dahsyat !! Dahsyat !!
    dah nak berkubur rupanya harakah..
    sama nasib dengan parti nya jugak..

    TALKIN UNTUK HARAKAH

    BalasPadam
  4. 80 ribu naskah untuk dibaca... 170 ribu naskah buat balut nasi ngan lapik time berkelah.

    BalasPadam