Rabu, 22 Februari 2012

Akhirnya Lu Mengaku Jugak Beb...

Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan  pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah  hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang  bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja.

8 ulasan:

  1. bro...baca ayat tu betui2 malaysia tidak ada hubungan diplomatik, tapi kalau swasta ada kerajaan tak boleh halang. Swasta tu bermaksud company seperti Intel dan lain lain dibawah yahudi. chow!

    BalasPadam
    Balasan
    1. company tu masuk saja ka..??mesti kena cukai atau tax,siapa ambil??Keling besi buruk ke ambik??Kerajaan la woiii!!Jadi sendiri boleh pikirrrrrrrr...

      Padam
    2. habih tu x mau bagi company2 tu meniaga sini? berapa puluh ribu orang nanti x dak keja? hang nak bagi depa makan?
      Tax arak ambik buat jalan x pa nik aziz kata hahahaha

      Padam
    3. israel x boleh niaga kat sini...duit untung beli peluru bunuh org islam..tu pun x tau ke...rezeki Allah yg bagi...makan ke x mkn ..M`sia berapa org mati x mkn..

      Padam
    4. Bro..senang cite penah minum coca cola? kalau x penah pun keturunan kau mesti penah minum..itu satu contribution.

      Padam
  2. hujah paling bodo!

    BalasPadam
  3. yang kerajaan bagi kapal tu masuk apahal....biarle..belayar kot mana dia nak pi...saja2 masuk...tax x bayar...rmh api x byr...mengintip lagi adalah...kdn apa buat????nak bodohkan org patut2 le....

    BalasPadam