KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden
gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini
termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).
"Pemuda
PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi
dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada
Harakahdaily, semalam.
Shukri yang dihubungi hari ini berkata,
insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau
sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.
Shukri
yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh
seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.
Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.
Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.
"Pada
mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak
diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya
pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.
Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.
Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.
"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.
"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.
"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.
Sementara
itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan
samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.
"Kita
minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok
beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini,"
katanya.
Pihak Polis bukan peka,tapi Pekak Badak..Orang PAS jangan takut,sebab di hadapan kita syurga menanti,seandainya kita syahid.
BalasPadamsamseng TAHI KUCING semakin bercambahn nampaknya, seringkali diperingatkan kalau rasa dh "hero" sngt pi la berjuang hentak haram jaddah tentera israel nun di sn tu
BalasPadamKenapa tak lawan, kalah menang belum tahu lagi. Asek orang PAS sahaja kena pukul.
BalasPadamBukan tak mahu lawan tetapi layan org gila buat apa? Nanti bila mereka yg kena balun keluar kat tv3/4 kata Pas ganas pula. Puak munafik kerjanya memang macam tu sejak zaman nabi lagi.
BalasPadamRenungkanlah firman Allah dalam surah as-Saff ayat:8 yg bermaksud" Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang2 kafir tidak suka (akan yang demikian).....tidak melawan tidak bermakna bacul cuma masa dan ketikanya belum tiba...ingat wahai samseng taik minyak umno,lu org mau ingat langit tidak selalu cerah..gajah yang berkaki empat kalau tersadung di akar pokok kadangkala tertonggeng jatuh kaki terlipat....matinya kami di jln Allah adalah mati syahid...tp kalian..eemmmmm...pikir2 sblm dikapankan....
BalasPadamikhlas drp Jari Antu.....
buat kerja biar berjemaah,kalau apa2 hal senang kita balun balik
BalasPadam