Khamis, 2 Februari 2012

Harub Taib BANTAH..!!

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah secara terbuka membantah sekeras-kerasnya hasrat presiden parti itu untuk berundur, menegaskan mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Harun berkata Hadi yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang adalah pemimpin harapan beliau untuk mengetuai kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat nanti.

"Saya tidak setuju beliau (Hadi) berundur, saya bercita-cita nak lihat beliau jadi perdana menteri. Kalau beliau berundur dan tidak bertanding pilihan raya umum ke-13 maka tidak capai hasrat kita (lihat Hadi jadi perdana menteri).

"Sebab itu saya secara peribadi tidak setuju beliau berundur, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13 beliau akan jadi perdana menteri dan menegakkan semula Islam," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Hadi menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada pilihan raya umum ke-13, menyatakan mahu memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan Pakatan Rakyat beliau termasuk, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno mendakwa pengumuman Hadi itu membuktikan terdapat krisis dalaman parti Islam tersebut.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh pula meminta Hadi agar mengubah pendiriannya kerana Pakatan Rakyat mampu memenangi pilihan raya umum ke-13.

Tambah Harun, Hadi mampu membawa perubahan kepada Malaysia dan menjadi seorang ketua negara yang baik, menambah tidak mahu "memikirkan sekiranya Anwar dilpilih mengetuai Pakatan Rakyat."

"Kalau menang beliau (Hadi) boleh jadi perdana menteri, soal Anwar saya tidak tahu kerana dalam kepala saya presiden PAS akan menjadi perdana menteri.

"Ramai ahli tidak bersetuju beliau berundur kerana masih yang mahu melihat beliau bertanding dan memimpin," katanya.

Beliau menambah akan mengadakan pertemuan dengan Hadi secara peribadi untuk membincangkan perkara itu.

"Saya akan berdepan dengan beliau secara peribadi tapi saya tegaskan tidak bersetuju cadangan beliau mahu berundur," katanya menambah parti akan memutuskan pendirian sekiranya Hadi benar-benar serius.

Mandat semasa kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional hanya akan berakhir April 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih merahsiakan tarikh pilihan raya umum ke-13 namun BN dan Pakatan Rakyat telah menggerakkan jentera masing-masing sebagai persediaan.

19 ulasan:

  1. Ucapan boodoh dan tak dak karisma langsung dia ni. Yang dok cakap bagi peluru kat UMNO bantai PR tu pasai pa. Cakap macam ni UMNO kata PR tak setuju antara satu sama lain. Kalau tak suka kat orang lain jawab la secara psikologi. Tu jadi ketua dewan ulama pada hal bodoh hal-hal lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang betul lu cakap ulamak bodo...kalu gua jumpa org mcm lu depan2 mmg gua penggal lu punya kepala...ckp biarlah ada adab skit....gua ingat org mcm lu ni layak disantau jer...beradab la skit jgn nak ckp sembrono jer....ni ulamak bro....

      Padam
    2. Aku tak kata dia bodoh agama bahlol. Aku kata dia tak cerdik hal-hal lain. Nak kata cerdik ,macam mana, hal-hal PM tak perlu dicanang sangat kan perlu ada kesepakatan dalam Pakatan. Tapi ucapan dia seolah-olah Pakatan tak ada kesepakatan dalam hal ini. Kena sedar awal kalau kerusi PAS tu sikit macam mana TG Hadi nak jadi PM.

      Padam
  2. bila PAs bersuara..bodohla,tak reti la,kalau DAP bersuara atau PKR..ucapan berhimahla,ada maksud tersirat la..poorah la

    BalasPadam
  3. Sudah terang lagi bersuluh. Berkata benarlah walau pun pahit. Kenyataan juga selalunya pahit untuk ditelan. Belajarlah jadi matang dgn berpandukan keimanan & akal fikiran yg waras.

    Apa lagi nak dinafikan ketokohan DAP memancing penyokong dgn ayat2 suci al-Quran kita masih lagi nak bertelagah. Ertinya juga mereka mendalami Islam. Ya munkin untuk meraih sokongan. Lambat laun mereka akan nampak kebenaran. Jangan dipertikai keikhlasan mereka kerana mereka jahil.

    Kita ni yg beragama tunjukanlah lebih berhikmah drp mereka. Bagaiaman seorg pemimpin DAP di Shah Alam memrtikaikan keimanan Hasan Ali? Dan apa kata DHA? Tak terasa malukah?

    Kita bukan sekadar menghadapi krisis keruntuhan nilai2 agama & khdupan tapi kita lebih parah kerana tidak terarah walau mempunyai pemimpin. Nilai2 kepimpinan yg rapuh.

    Untuk apa di saat PRU makin hampur tetiba istihar nak ngundur diri? Hilang akal apa? Bijakkah tindakan ini? Di saat genting begini nak test market atau saja bagi peluru hdup kat umporno?

    Kalau dikata bodoh kita nak marah ke? Mana semangat perjuangan & pengorbanan demi agama bangsa & negara? mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudahnya DAP yang baik..bodohlah mu brader..

      Padam
    2. Lu jgn cepat melatah bro...lu mmg x matang politik arrr...baru dgr camni dah kecoh..mmg tahap bengap melampau...tunggu penjelasan tg hadi sendiri...sok lidah dipotong dgn api neraka baru nak sedar...sabar la dulu...jgn jd cam lembuuuuu...

      Padam
    3. Lu jgn cepat melatah bro...lu mmg x matang politik arrr...baru dgr camni dah kecoh..mmg tahap bengap melampau...tunggu penjelasan tg hadi sendiri...sok lidah dipotong dgn api neraka baru nak sedar...sabar la dulu...jgn jd cam lembuuuuu...

      Padam
    4. biar pun sampai nak korbankan ustaz azizan kerana DAP bantah cadangan ostaz tutup pusat hiburan di kedah masa bulan puasa . Tak nak orng kata bodoh tapi berapa ramai lagi yang nak dikorbankan??

      Padam
  4. Betullah kata Harun Taip sebab dia ahli Pas mestilah dia hendakkan Presiden dia jadi PM,PKR kalau tanya dia nak Anwar,DAP kalau tanya di nak Lim Guan Eng..itu pendapat masing2 la.Tapi keputusan terletak pada pebincangan pimpina tinggi PR..ada faham ka??

    BalasPadam
  5. 1: Kepimpinan TG DS Abd hadi Awang sememangnya baik dan masih diperlukan .
    2: Yg menim,bulkan kemusykilannya ialah, jika TG DS Abd Hadi menjadi peneraju utama kepimpinan negara, apakah beliau akan terus di pergunakan oleh Geng Ganu utk memperkukuhkan kedudukan politik mereka? Adakah sokongan Ketua Dewan Ulama' ini membawa maksud itu?
    3: Rakyat yg dok perati sekian lama yakin jika TG DS Abd Hadi dapat melepaskan diri dari kongkongan Geng Ganu ini suasananya akan berlainan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hulubalang parasit ke? blogger celaka ke ni?

      Padam
  6. TGHH kekal. Ustaz Harun yang berundurnya.

    BalasPadam
  7. bolehkah haji hadi memagang amanah bukan je orang islam bahkan untuk semua kaum kalau pok nik aziz saya gurantee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya orang-orang munafik yang mempertikaikan kepimpinan Ulamak,sedangkan orang yang beriman yakin,pertolongan Allah kepada mereka yang menolong dan memperjuangkan Agamanya,tidak kira siapa orang tersebut,yang menjadi pokoknya ialah iman dan takwa kepada Allah.

      Sebab yang menyatu dan memecahbelahkan hati-hati manusia ini adalah hak kepunyaan Allah.

      Padam
  8. Saya yakin dengan kepimpinan TG Haji Abdul Hadi... Allah swt pasti bersama dan membantu pejuangNya yang IKHLAS berusaha menegakkan syariatNya. Allah swt maha berkuasa. Dia yang mengatur segalanya. "..mereka merancang Dia (Allah swt) juga merancang, dan Allah swt sebaik2 perancang..."-maksud ayat Al Quran... dan akhirnya Allah swt yang MENANG di pengakhirannya.

    BalasPadam
  9. Saya yakin dengan kepimpinan Ulamak 200%

    BalasPadam
  10. SOKONG HAJI HADI JADI PERDANA MENTERI

    BalasPadam
  11. Bila BN menang, presiden UMNO jadi PM. Bila PR menang (kalau) masing2 nakkan presiden masing2 jadi PM. Hmm.. macam pala hotak orang UMNO jugak! Gua cadangkan Jawatan Perdana Menteri patut adakan pilihanraya berasingan. Semua pengundi akan berpuashati. Kita akan mendapat seorang PM yang merentas parti, bangsa dan agama.

    BalasPadam