Sabtu, 11 Februari 2012

Kenyataan "Kantoii" Dari Ustaz Azhar...

"Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang,” kata Ustaz Azhar Idrus.

“Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati,” katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: “Saya bukan ahli Pas.”

“Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik,” tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan ‘Cuit-cuit Sikek’ Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja  Sebedakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

“Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah,” katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.

Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

“Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang,” katanya.

JuRaGan : Lu orang jangan melatah beruk bro..Orang yang cerdik bila tengok gambar kat atas dengan kenyataan Ustaz,dia pasti faham jalan orang berilmu dan berdakwah dalam negara hardcore sekular dan halangan terhadap penceramah agama masakini..Sendiri Mau ingat la brader..

14 ulasan:

  1. ua ustaz, kalu dah lu bukan ahli politik, bila ada jemputan ke ceramah yang berunsur politik, lebih baik le lu jangan pi, kan lagi senang, lu jadi pendakwah bebas, tak yah nak glamor dengan ilmu yang lu ada, faham mat ustaz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nama pendakwah bebes... ikut suka la dia nak pi majlis sape pun. Yang UMNO tak pernah panggil kenapa? Takut agama kata kebenaran? Iye lah.... Ramai suami-suami umno nie dayus. Takut bini. Nak mintak isteri bertudung pun tak boleh. Anak gadis dibiarje pakai menjolok mata. Masal Halal haram... Pasal Rasuah... Alamat memang UMNO takut betul pada ustaz yang berkata benar walaupun pahit. Itu asam garam kehidupan bro. Hidup biar kenal TUHAN! Allah yang ciptakan kita. Kepadanyalah kita kena PATUH! Semoga Allah melembutkan hati mu... Amin.

      Padam
    2. Biadab ko ni. Beratus ribu org sanggup beratur nak ajar ko adab, boar beradab sikit....mak bapak tk ajar ke

      Padam
  2. dia tak glemor dengan ilmu yang dia ada.... Yg ko tu dah la jahil. Taknak dengar kuliah pulak. Youtube pun tak tengok. Kuliah ustaz azhar pun tak rajin dengar.... tup-tup, ada hati nak komen.... Apa lah! Dah dia ustaz. Kewajipan dia tegur masyarakat yang jahil macam kita nie. Bersyukur ada org yang tahu agama yang boleh kita tanya. Cuba lah cinta dengan Ilmu agama sikit. Ingat lubang kubur tu!!!

    BalasPadam
  3. Itu yg sebaiknya buat ustaz azhar. Tak perlu terbabit secara langsung dlm politik. Berdakwah secara bebas lebih dihormati. Kalau bertanding ditakuti terikat dengan pil wala' dan tak mampu utk menegur pemimpin yg melakukan kesilapan. Kepimpinan dalam pas juga kadang kala terlajak dlm merangka strategi walaupun tak sampai tahap melakukan dosa besar seperti pemimpin umno umpama hasan ali suatu ketika dulu sewaktu dlm pas dan terpaksa wala' walaupun jelas menjadi real parasit dlm pas.

    Cukup sekadar menjadi penyokong kebenaran dan menegur kesilapan siapa saja yg buat salah tak kira dari parti mana pun.

    You are the best at this time ustaz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berdakwah secara bebas. Apa maksudnya lul? Bebas menegur sesiapa sahaja kan? Kalau jadi pendakwah bebas tak hebat lagi. Lantik Ustaz Azhar jadi Mufti baru hebat. Tapi apa guna MUFTI yang ramai-ramai kat malaysia nie? Setiap negeri ada MUFTI. Apa Kerja MUFTI? .... Duk jadi pengampu je ramai. Tak berani nak tegur kemaslahatan ummat. Isu Murtadnya- Isu Cerai berai nye- Isu Moral nye- Isu remaja nye.... Apa kesah kalau lantik jadi mufti sekali pun. Hatta kalau Nabi sendiri ada depan mata kita, tapi taknak ikut. Apa kejadah? Diakhirat nanti kita akan mengikut golongan-golongan yang kita cintai di dunia. Cintai lah ustaz-ustaz, cintailah ulama-ulama yang berpegang teguh kepada syariat. yang berani menyatakan perkara benar. Mintak jauh dari menjadi golongan peyembah hawa nafsu dan Syaitan(Walaupun kita mengaku kita semabah ALLAH)

      Padam
    2. Tepat sekali..UAI (Ustaz Azhar Idru) patut dan layak jadi MUFTI..ada berani ke mana2 negeri mencalunkan UAI sebagai MUFTI...

      Padam
  4. komen org bodo mmg cmtu...bangang. org yg ngajar agama ko plak nk lebey2...ada dpn aku mmg kena trajang smo mampos la lu

    BalasPadam
  5. tah, UAAI tentu tentu lebih lah pengetahuan agama tu dari yg cakap tu. Dasar jahil, blaja 'buah' enam tahun ngaji merangkak rangkak puiiii

    BalasPadam
  6. di akhirat nanti ada syurga dan neraka.. tak ada lak tengah2..

    BalasPadam
  7. aMBO setuju dengan ustaz azhar,jalankan kerja dakwah anda...

    BalasPadam
  8. Setuju dgn UAI, teruskan kerja murni anda.. perbetulkan setiap inci kesilapan masyarakat yang ada tidak kira parti mana pun.. semoga PAS akan kukuh dgn perjuangan Islam dan UMNO kembalilah kepada Islam.. Islam bukan untuk PAS tapi semua umat manusia, tak kira parti mana pung, bangsa apa pung.

    teruskan berdakwah.. PAS juga berdakwah

    BalasPadam
  9. ..ayat orang takde adab islam

    BalasPadam
  10. "komen org bodo mmg cmtu...bangang. org yg ngajar agama ko plak nk lebey2...ada dpn aku mmg kena trajang smo mampos la lu...".... ayat org takde adab islam

    BalasPadam