Datuk Chua Jui Meng meramalkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan
bertanding di kerusi majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-13,
mendakwa presiden MCA itu tidak mampu mendapatkan sokongan pengundi
Cina.
Bekas naib presiden MCA ini, yang menyertai PKR pada 2009 terlebih
dahulu mencabar Dr Chua untuk bertembung dengan beliau pada pilihan raya
umum ke-13 nanti.
Dr Chua bagaimanapun menjawab sebagai presiden, “Saya mahu menjadi
contoh yang baik dan akan bertanding di kawasan yang tiada sesiapa mahu
pergi atau tiada calon yang boleh menang.”
Tetapi Chua (gambar) membalas
kenyataan dengan mengajak bekas Ahli Parlimen Labis itu bertanding di
kawasan campuran, berkata “tiada kerusi yang selamat untuk beliau” di
kawasan majoriti Cina.
“Beliau (Dr Chua) akan bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana
presiden MCA tidak mampu menarik sokongan pengundi Cina lagi,” kata
Pengerusi PKR Johor ini kepada The Malaysian Insider.
Chua, bekas Ahli Parlimen Bakri, berkata kawasan majoriti Cina kini
dikuasai DAP dan menambah undian untuk DAP juga merupakan undian untuk
PAS.
“Ia jelas kepada semua bahawa undian untuk MCA bermakna undian untuk
Umno. Melayu, India dan Cina semua tahu. Tetapi hanya beliau yang tidak
nampak perkara ini.
“Saya pula akan bertanding di mana sahaja parti saya letak, beliau
presiden jadi beliau boleh buat pilihan dan lawan dengan saya jika
berani,” tambah Chua.
Dr Chua juga mengejek kegagalan Chua pada 2005 dan 2008 untuk menjadi
presiden MCA menambah ia juga sebab bekas menteri kesihatan itu
menyertai PKR.
Datuk Seri Ong Tee Keat menewaskan Chua untuk jawatan presiden pada
pemilihan MCA selepas pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan wakil MCA
di Parlimen berkurangan dari 31 kepada 15 orang.
Parti itu kemudian menyingkir Dr Chua pada Ogos 2009 kerana skandal
video seks pada 2007, menyaksikan undi tidak percaya diadakan dalam
mesyuarat agung luar biasa parti itu.
Dr Chua memegang jawatan presiden MCA pada Mac 2010 dalam pemilihan
parti yang baru di mana beliau menewaskan Ong dan bekas presiden Tan Sri
Ong Ka Ting.
Walaupun meletakkan jawatan selaku presiden dan menteri kesihatan
selepas penyebaran video seks yang membabitkan dirinya pada 2007, Dr
Chua tetap menegaskan beliau adalah “calon boleh menang di mana sahaja
saya pergi.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan