Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah, kata Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil namun jika dibiarkan ianya
akan merebak lebih besar sepertimana penyakit kanser jika tidak dikawal.
"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah)
yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya pada sidang
media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras
rasuah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah NKRA Rasuah, Datuk
Hisham Nordin.
Ismail berkata, beliau akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah di kalangan anggota PDRM.
"Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika
ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan
pemberian rasuah," katanya.
Ismail juga berpuas hati dengan usaha Jabatan Tatatertib PDRM yang
ditubuhkan sejak tahun 80-an, dalam membanteras salah laku anggota PDRM
termasuk dalam aspek rasuah.
Terdahulu Ismail dalam ucapannya berkata kajian di negara-negara maju
menunjukkan terdapat empat jenis rasuah yang sering menjejaskan
integriti kolektif sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
Empat jenis itu ialah rasuah individu secara kecil-kecilan, rasuah birokratik, rasuah jenayah dan rasuah politik, katanya.
Beliau berkata, setiap warga kerja PDRM, sama ada pegawai, anggota
atau pegawai awam dan penguatkuasa undang-undang tidak boleh melakukan
kesilapan apatah lagi terlibat dengan perbuatan yang menyalahi
undang-undang seperti rasuah.
"Saya amat kecewa dan sedih setiap kali menerima laporan terdapat
pegawai atau anggota yang melakukan rasuah sehingga ada yang tersebar
dalam internet sama ada dalam penulisan dan komen klip video seperti
YouTube," katanya.
Sementara itu, Hisham berkata, kini terdapat budaya baru di kalangan
anggotaPDRM di mana mereka sendiri yang melaporkan jika ditawarkan
rasuah oleh masyarakat.
"Pada tahun lepas seramai 157 anggota polis melaporkan mereka ditawarkan rasuah," katanya.
Satu peratus tu mereka yg tidak terlibat dengan rasuah, sembilan puluh sembilan lagi terlibat..itu yang sebenarnya..
BalasPadamada polis baik tapi ramai polis yang x baik...
Padam