Rabu, 14 Mac 2012

Kalau Macam nii..Patutlah Wartawan Kecut Dengan MB Pas ini..

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semasa ditanya oleh wartawan berkenaan beliau ingin mengambil cuti.Beliau berkata,beliau ingin bercuti, jika berpeluang, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya.

"Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.

"Tak dak pemangku (Menteri Besar), semua teratur, ribut sudah hilang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, Rabu.
Beliau disoal sama ada akan bercuti dalam tempoh terdekat.
Dalam perkembangan lain, Azizan berkata, kerajaan negeri kesal dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 5 tahun, Foong Chun Yuan, yang meninggal dunia selepas terlanggar dinding cermin di Jeti Kuala Kedah pada Jumaat lepas.

Beliau berharap pihak berkenaan akan mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan pelancong serta orang ramai.
"Apatah lagi kita menuju ke arah negeri pelancongan terunggul, kita bersimpati dengan keluarga mangsa," katanya.

Foong, yang ingin bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarganya, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Isnin lepas setelah tidak sedarkan diri sejak kejadian itu berlaku. - BERNAMA

2 ulasan:

  1. Seorang MB lebih2 lagi dari parti islam tidak sepatutnta bercakap sombong seperti ini. Lagak ini bolehlah disamakan dengan MB pahang si adnan yaakob. Tak boleh kah azizan berkata2 dengan bahasa yang lebih sopan seperti " saya hanya bercuti dua tiga hari dan rasa nya tidak perlu untuk dilantik pemangku MB". kan lebih elok dari berkata2 "Cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah... Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih."

    BalasPadam
  2. Kalau beginilah tuturkata seorang MB seseorang tak perlulah belajar saikologi untuk meneka bagaimanakah perangai orang ini. pertuturan yang mengandungi unsur2 angkuh sebegini tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang MB lebih2 lagi dari parti PAS.

    BalasPadam