Tindakan Barisan Nasional menurunkan Presiden MCA, Chua Soi Lek di
Batu Pahat akan menguatkan lagi peluang KEADILAN dan Pakatan Rakyat
merampas Parlimen ini.
“Saya menyambut baik perkembangan ini. KEADILAN Batu Pahat bersedia
pada bila-bila masa untuk berdepan dengan mana-mana parti Barisan
Nasional.
“Tidaklah mengejutkan,” kata Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Syed Hamid Ali merujuk laporan media semenjak minggu lalu.
Syed Hamid menambah, keputusan itu membuktikan Umno ditolak
sebahagian besar pengundi bukan Melayu di Batu Pahat secara khusus dan
Malaysia secara amnya.
“Ia mengesahkan keresahan pimpinan Umno di Johor yang tidak yakin dapat memenangi hati pengundi pelbagai kaum di Batu Pahat.
“Pengundi Cina di Batu Pahat terdiri dari pengundi muda yang tidak
terpengaruh dengan rekod wakil rakyat di masa lalu. Mereka mengambil
pendirian yang konsisten mengenai perlunya ada reformasi yang
menyeluruh di dalam negara,” kata Syed Hamid Ali.
Syed Hamid turut menegaskan, keputusan persaingan pilihan raya umum ke-13 kelak akan ditentukan pengundi muda berbilang bangsa.
“Jentera KEADILAN Batu Pahat yang sebahagian besarnya terdiri dari anak-anak muda di bawah 30 tahun.
“Ini menguatkan lagi semangat dan keyakinan KEADILAN bahawa peluang
Pakatan Rakyat di Batu Pahat adalah baik. tidak kiralah calon atau parti
Barisan Nasional mana yang bertanding,” Syed Hamid optimis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan