Jumaat, 30 Mac 2012

Ini Bukti Ketakutan Najib Terhadap Negeri Perak..

Kerajaan semalami memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.

Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.

Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.

Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.
Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.
Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.
"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.
"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan