Isnin, 26 Mac 2012

Ketua DHPP Pulau Pinang Letak Jawatan..!!

Merasakan jasa dan khidmatnya dalam Pas seperti tidak diperlukan lagi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa, hari ini.

Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap Pas, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.

Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila Pas Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang  dengan memutuskan untuk tidak memilih calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Saya terpaksa ambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini sehingga menyebabkan Pas Pusat meminggirkan kami," katabeliau pada sidang media di sini petang ini.

Dalam pada itu, Ooi berkata, kira-kira 50 ahli DHPP negeri mengambil langkah yang sama dan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan parti itu.

Ditanya sama ada akan menyertai Barisan Nasional (BN) jika ditawarkan, Ooi berkata, ia akan dipertimbangkan.
Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas menjangkakan akan menurunkan lebih ramai calon bukan Islam pada PRU13.
Berikutan langkah itu, kepimpinan Pas di Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sawarak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuk meletakkan calon dari DHPP untuk bertanding.

6 ulasan:

  1. Xpe la. kita nak biar la orang Islam yang bertanding mewakili PAS. klu bukan Islam bertanding mewakili PAS,susah la nk naikkan agenda Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku sokong pendapat anon diatas...sekian..

      Padam
  2. aku pun sokong. mamat dlm gambaq muka opportunist. dia bleh join MIC, sebab kalau diajak masuk bn dia akan pertimbangkan. he fights for money n power NOT the rakyat. It is obvioussss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam semua...

      Nasib baik orang macam ni dah keluar, takat alasan tidak jadi calon tu memang tak masuk akal. berbakti la pada masyarat walaupun tak de apa2...

      Padam
  3. tahniah kepada ooi....selamat keluar dari pas. pas tak perlukan org yg tak ikhlas dalam perjuangan.

    kalau teringin sangat menjadi calon pru masuk jer lah umno...kalau tak terpilih pun mungkin dapat kuota senator.

    org2 reject ni mmg sesuai masuk umngok.

    BalasPadam
  4. emmmm...sbb x dpt jadi calon rupanya mcm nalla gak. Hahaha..gua tengah senyum sinis je nih...hahaha...spesis ni kalau di gelar lalang atau putar alam marah tapi.....i rest my case...hahaha

    BalasPadam