Sabtu, 24 Mac 2012

Keputusan Tepat..Terima Kasih Jauhi Caula Malaysia..

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno adalah tepat dan tidak perlu dipersoalkan, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata ini kerana keputusan tersebut dilakukan hasil persetujuan bersama kira-kita 1.3 juta ahli Wanita Umno dari seluruh negara.

"Orang ramai (ahli Wanita Umno) yang pilih beliau sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia dan beliau tidak bersalah apa pun. Kalau ada pun ia berkaitan dengan dengan suami dan anak beliau, itu tidak ada kaitan dengan kepimpinan beliau sebagai Wanita Umno," katanya.

Mohd Ali bercakap kepada pemberita selepas Program Pusat Sehenti Kesihatan: Periksa Sendiri dan Perasmian Trek Jalan Kaki Komuniti Pantai Peringgit di sini,Sabtu.

"Kita percaya keputusan itu juga tidak menjejaskan sokongan pengundi BarisanNasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang," katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata penubuhan 59 buah Pusat Sehenti Kesihatan: Periksa Sendiri di negeri itu bertujuan melahirkan masyarakat sihat dan mengurangkan jumlah bilangan rakyat di negara ini yang menghidapi pelbagaipenyakit kronik seperti kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan kegemukan.

Beliau berkata kewujudan pusat sehenti di 24 buah balai raya, 20 buah sekolah dan 15 buah jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di negeri itu beroperasi sebagai medium membantu orang ramai menjalani saringan kesihatandengan mudah tanpa perlu ke klinik kesihatan.

Katanya pusat tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti perabot,peralatan komputer dan teknologi maklumat (ICT) serta kemudahan riadah.

2 ulasan:

  1. kerana jawatan ketua wanita dapat jawatan senator (walaupun kalah dlm pru12) dapat jawatan menteri & syarikat keluarga dia dapat pinjaman rm250 juta. dia dapat gaji senator & gaji menteri. kalau dia letak jawatan dlm tempoh perkhidmatan (inilah sebenarnya istilah perletakan jawatan) dia tak dapat pencen. mami jelutong ni memang pariah. ahli umno biasa boleh dapat senator? bolah jadi menteri? syarikat keluarga boleh dapat pinjaman? kalau skandal ni tak terjadi, sudah pasti kontrek dia disambung. ahli2 wanita umno termasuk yg lain2 memang bloody idiot.

    BalasPadam