Rabu, 14 Mac 2012

Malek Noor Bersama PAS..??

Alhamdulillah...Brader Malek Noor sudah pun sempurna melangsungkan perkhawinannya,namun yang lebih menggembirakan di mana TG Nik Aziz meraikan majlis perkhawinan tersebut yang hadir berama isteri beliau.


Apa kita di maklumkan bahawa brader Malek Noor baru-baru ini telah pun insaf dan bertaubat di atas segala perbuatan mungkar beliau semasa menjadi seorang selebriti negara.Alhamdullilah,seperti yang gua dengar dalam radio IKIM brader Malek ni memang sungguh-sungguh menyesal dan bertaubat selepas mendengar seruan Azan yang menggentarkan seluruh badannya ketika beliau berada di sebuah hotel di Thailand.Apa bila ditanya adakah beliau akan bersama-sama dengan PAS seperti yang telah dilakukan oleh selebriti yang lain..Beliau hanya menjawanb "InsyaAllah."



Semoga pertemuan bersama TG Nik Aziz ini akan menambahkan kecintaan beliau kepada Islam dan perjuangan Pas itu sendiri.Selalunya mereka yang berjumpa TG Nik Aziz akan mendapat sedikit tazkirah dan doa dari ulamak ini.Harapan seluruh jemaah islam agar brader Malek akan bersama-sama jemaah PAS untuk memperjuangkan Islam di negara ini,seperti yang telah dilalui oleh abang Bob Lokman dan beberapa artis negara kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan