Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan
pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar
dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas
menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh
jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari
lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur?
Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan!
Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi
menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Semalam,
pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan
mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya
sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal
mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan
Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah
telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan