Jumaat, 30 Mac 2012

Mamat Ni "Terkantoi" Dengan 5 Laporan Polis,Sebab Nak Jilat Umno...

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengecam sekeras-kerasnya kenyataan seorang Mamat yang menjadi "Penjilat" Umno sebagai perasmi Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu, yang berbau perkauman dan fitnah.

Mesyuarat Agung PIBG SK Gopeng Jalan Ilmu diadakan pada 24hb Mac 2012 (Sabtu). Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Encik Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim, yang merupakan Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak).

Kenyataan berbau perkauman

Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah mengeluarkan kenyataan yang membawa maksud sedemikian:

“Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain dengan api dan jangan mencabar.”

KEADILAN berasa amat kesal dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim. Kenyataan yang melahirkan perasaan dengki terhadap sesuatu kaum tidak harus wujud di dalam Negara kita yang majmuk dan harmoni, apatah lagi dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung PIBG sebuah sekolah kerajaan? Kata-kata seperti “jangan bermain dengan api dan jangan mencabar” seolah-olah suatu ugutan kepada kaum Cina dan India.

Kami percaya pendirian ini bukan setakat pendirian individu Abdul Rahim bin Abdul Karim tetapi pendirian kerajaan, memandangkan beliau memegang jawatan dalam satu pertubuhan kerajaan yang penting, iaitu Majlis Keselamatan Negara. Pandangan ini berasas sebab kenyataan-kenyataan yang berbau hasutan ini telah berlaku banyak kali, dan kenyataan sebegini pernah dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan termasuk bekas Pegawai Khas kepada Perdana Menteri sendiri, Datuk Nasir Safar.

Kenyataan politik yang penuh dengan tohmahan dan fitnah

Selain itu, Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim juga menyentuh tentang isu-isu politik yang penuh dengan fitnah, antaranya:

a) Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Yahudi.

b) DAP hendak menjadikan Malaysia sebuah Negara Kristian.

c) Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negara, DAP akan menjadi Perdana Menteri dan PAS akan mengikut telunjuk DAP.

d) Ambiga membawa huru-hara kepada Negara, BERSIH 2.0 mengancam ketenteraman Negara.

e) Punca kemerosotan ekonomi adalah Pakatan Rakyat kerana mereka selalu adakan demonstrasi.

Kami tidak berniat untuk berbalas hujah-hujah yang tidak masuk akal tersebut, tetapi sekolah bukan satu medan untuk berpolitik. Sekolah kerajaan dibiayai oleh wang rakyat, termasuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Apakah motif pihak sekolah menjemput seorang perasmi yang menyentuh tentang politik dan memburuk-burukkan pihak Pakatan Rakyat? Ini bukan kali pertama sekolah tersebut menjemput orang politik untuk program sekolah. Pada November 2011, sekolah ini telah menjemput Ketua Bahagian UMNO Gopeng , Dato Hamzah bin Mohd Kasim, untuk memberi ucapan dan menyampaikan wang RM100 (wang kerajaan) kepada pelajar.

Adakah Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan merestui tindakan sedemikian?

Tuntutan kami

Kami difahamkan bahawa 5 laporan polis telah dibuat oleh ibubapa pelajar sekolah yang menghadiri mesyuarat tersebut. Kami memandang berat terhadap kes yang serius ini. Justeru itu, kami menuntut pihak yang berkenaan agar:

1) Memecat Encik Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim daripada jawatannya di Majlis Keselamatan Negara.

2) Mengambil tindakan mahkamah terhadap Abdul Rahim bin Haji Abdul Karim yang mengeluarkan kata-kata yang berunsur ugutan dan hasutan.

3) Pihak sekolah harus meminta maaf kepada ibubapa pelajar secara terbuka dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab menjemput perasmi itu.

4) Menteri Pendidikan harus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan meletak jawatan dengan serta-merta kerana ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku di dalam sekolah kerajaan.

5) Unit propaganda perkauman seperti Biro Tata Negara harus ditutup dengan kadar segera supaya tiada minda kakitangan kerajaan akan diracuni lagi.



YB CHANG LIH KANG
ADUN TEJA
MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

 Blog Briged Al-Akhdor

5 ulasan:

  1. Puak ni memang jenis tak ada akai....depa ingat negara ni umno punya ka?....pegi dah ptuuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. “Orang Cina dan India dibawa masuk oleh penjajah British hanya sebagai pekerja dan mereka tidak berhak menuntut apa-apa keistimewaan. Jangan bermain dengan api dan jangan mencabar.”

      Orang melayu tidak bijak saja yang boleh pertikaikan kebenaran ayat di atas ni.

      Padam
    2. Siapa dan dari mana Melayu sebenarnya?

      Padam
    3. tok gajah> nasib baik ko spesis binatang, memang bodoh...tak payalah kita nak layan...kahkahkah

      Padam
  2. MEMANG SPESIS LEMBU KONDO SEKUTU APCO MENCARI MAKAN WALAU HARAM ATAU SALAH,PUNYA NAK MENGAMPU DENGAN FITNAH & UGUTAN MEMANG JENIS KERJA GEROMBOLAN MNGOK-BN !

    BalasPadam