Kebimbangan penghuni Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat
dekat sini terhadap kebanjiran pendatang asing dari Afrika sampai ke
kemuncaknya hari ini apabila seorang lelaki warga Nigeria mati setelah
dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata mangsa
berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah
mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di
kondominium itu pada 11 pagi.
"Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki
Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu. "Wanita
itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu
kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas," katanya kepada pemberita
di sini.
Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria
itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan
lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan. Beliau
berkata anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati
lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan
terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat namun disahkan mati
sebaik tiba.
Katanya mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Ab Rashid berkata kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur
lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302,
Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.
Beliau berkata ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah
berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya
dileraikan oleh pihak polis. Sementara itu saksi kejadian yang hanya
mahu dikenali sebagai Abu berkata kira-kira 200 lelaki Afrika telah
merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan
beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.
"Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka
telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat,"
katanya.
Beliau berkata mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu
cepat cepat tanya menteri dalam negeri mengapa ini boleh berlaku dalam negara yang paling selamat di asia tenggara...........!
BalasPadamSalam semua...
Padammenteri dalam negeri jawab "maaf, kami tak nampak, depa ni gelap la"
Si gelap di Perak dia nampak pulak, samalah dengan si gelap di Pulau Pinang tu.
PadamRasanya di Thailand ada awang hitam dari negara tertentu dilarang masuk ke sana disebabkan masalah disiplin. Jadi Malaysia pun wajar berbuat demikian. Jangan ingat nak masuk duit sahaja, sehingga meningkatkan lagi kadar jenayah di negara ini.
Relapun dah tak percaya kepada polis?
BalasPadamPASTI 7 RELA AKAN JADI KAMBING UNTUK DISEMBELIH .....HAHAHAHAHAH
BalasPadamBLACK ..... SHEEP (BLACK PEPPER LAMB CHOP)
BalasPadam