Perdana menteri hari ini menjanjikan para peneroka “durian runtuh"
bersempena penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di bulan
Mei, tetapi tidak mengumumkan jumlah sebenar yang boleh diharapkan.
Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata bahawa jumlah yang bakal diumumkan nanti pasti akan membuat para peneroka “tersandar, rebah dalam kejutan".
“Banyak mana? Saya tak akan umumkan hari ini. Banyak mana? Tunggu,
kita akan buat pengumuman nanti," Najib berkata, mengikut agensi berita
nasional Bernama.
Berucap di FELDA Triang 3 di Bera hari ini, Najib turut berkata
bahawa keputusan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan
memanfaatkan para peneroka.
“Kerajaan ambil keputusan supaya FGVH ini disenaraikan kerana kita
ingin aset FELDA ini untuk menjana kekayaan berlipat ganda seterusnya
kekayaan melonjak itu kita akan pulangkan kepada peneroka.
Di bulan Februari, sekumpulan lapan orang peneroka berjaya mendapat
perintah mahkamah untuk menghentikan pemindahan saham dari Kooperatif
Pelaburan FELDA (KPF) mereka kepada FGVH, suatu langkah penting dalam
rancangan menyeranaikan firma perladangan itu.
Ini mendorong Putrajaya mengumumkan pada 14 Mac bahawa kerajaan akan
tetap dengan rancangan penyenaraian FGVH tidak kira sama ada keputusan
itu menerima sokongan peneroka FELDA.
Kerajaan sebelum ini bertegas bahawa ianya mempunyai sokongan “majoriti peneroka”, walaupun terdapat laporan bantahan meluas.
Para pengkritik berkata bahawa penyenaraian ini akan memberikan FGVH,
yang serba kerugian, kuasa mengawal KPF dan akan merugikan pemegang
saham kecil dan membebankan FELDA dengan defisit sebanyak RM1.5 bilion
setiap tahun.
JuRagan : Betul ke durian runtuh pak najib..??atau lu dah nampak Umno/Bn akan runtuh pada PRU13 ini.Sebab Umno dan BN hanya boleh bernafas dengan oksigen tambahan daripada Parlimen yang terdapat di kawan Felda,kalaulah kawasan Felda ini tidak lagi mahu menyumbang oksigennya kepada UmnoBN maka tunggulah saat kematian Parti Me LAYU ini...dan masanya akan sampai jugaaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan