Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba
menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah,
Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.
Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas
(Jasa) nak tahu bendera apa..??(Klik.)dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37,
masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di
tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena
arus elektrik bervoltan tinggi.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz
Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh
sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera
sebuah parti politik.
Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel
yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa
terkena kejutan elektrik.
Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung
sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.
Mane 1 btol ni? PAPAGOMOL kata penyokong PAS, sini kata B-Enuff... Adoi~
BalasPadam