APA kata kalau Timbalan Presiden PAS terdiri dari seorang bukan Islam
seperti yang dikatakan dilontarkan oleh Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat dalam satu wacara di Sinar Harian baru-baru ini?
Betulkah dia berkata begitu atau ia sekadar tanggapan tidak tepat pemberita?
Tentulah ia suatu yang mengejutkan dan suatu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa.
Kemungkinan seperti yang diberitakan itu suatu yang tidak akan berlaku sekurang-kurangnya dalam masa 20 tahun atau tiga puluh tahun akan datang.
Dr. Dzul sendiri pun tidak memikirkan ia akan berlaku mungkin dalam usianya sendiri. Mungkin dia mati dulu sebelum ia menjadi kenyataan.
Sama ada ia betul begit atau suatu yang diada-adakan, ia tidak lebih dari satu lontaran kepada PAS dan masyarakat Malaysia setelah perkembangan yang terjadi di Mesir apabila parti Islam yang ditaja oleh Ikhwan Muslimin menerima seorang Kristian Kibti menjadi Timbalan Presidennya sekarang.
Dia bukan Timbalan Presiden Ikhwan Muslimin. Ia Timbalan Presiden parti yang ditaja Ikhwan Muslimin bagi mendepati politik memerintah Mesir sekarang. Ikhwan dikira ibu kebanyakan parti Islam di dunia sekarang, mempunyai sikap dan disiplin Islam yang jelas. Apa yang berlaku di Mesir itu adalah memperlihatkan keterbukaan politik Ikhwan dalam iklim politik sekarang.
Apa yang terjadi di Mesir itu satu kejutaan dan ia suatu yang diterima.
Dr Dzulkefly adalah antara orang yang boleh menerima perkembangan jika keperluannya ada. Saya sendiri belum nampak ia boleh berlaku dalam PAS dalam waktu yang terdekat, tetapi dalam pemikiran baru pejuang Islam sekarang sudah ada orang berfikiran terbuka seperti itu.
Maka kita mesti menerima bahawa dalam PAS mungkin sudah ada orang berfikiran terbuka seperti itu. Ia adalah menggambarkan bahawa rata-rata pemimpin PAS dan penyokongnya adalah orang yang berfikiran terbuka cuma kebanyakannya belum tiba ke tahap kemajuan seperti yang dilontar itu.
Pandangan itu telah mendahului zaman yang belum dicapai oleh rakan-rakan yang lain tetapi ia adalah perkembangan tentang kemajuan PAS yang amat terbuka dalam pemikiran politik tetapi tetap tidak sampai bertolak ansur dengan Islam liberal.
Ada beberapa masalah yang menghalang beberapa jawatan penting dalam PAS bagi disandang oleh orang bukan Islam. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan satu dua lagi memerlukan kelayakan ilmu dan kemahiran berpolitik. Ketinggian ilmu Islam tanpa kemahiran politik adalah bermasalah. Kemahiran berpolitik dengan ilmu yang terhad juga ada masalah.
Pemimpin penting parti Islam mesti memilik kelayakan yang secukupnya. Kelayakan itu hanya ada pada orang Islam saja. Politik Islam itu melibatkan perkara hukum, ibadat dan lain-lain. Ia tidak dapat dipenuhi oleh orang.
Polemik yang berterusan dalam PAS sekarang ialah tentang dua jawatan penting dalam parti – Presiden dan Timbalan – wajar atau tidak terdiri dari ulama? Amalan selama 30 tahun lalu dua jawatan itu mesti ulama kerana mereka perlu duduk dalam Majlis Syura Ulama yang keanggotaannya semua ulama.
Jika kedua penjawat jawatan itu bukan ulama sukar bagi mereka menjadi anggota Majlis itu. Wakil jawatankuasa pusat dalam majlis syura adalah wajib. Jika mereka tidak ulama, mereka tidak boleh jadi ahli Majlis Syura dan Majlis Syura akan diwakili oleh jawatankuasa pusat yang kurang kanan.
Dari segi teori Timbalan Presiden akan memangku Presiden jika Presiden berhalangan. Jika Timbalan Presiden seorang bukan Islam, PAS akan dipimpin oleh bukan Islam kiranya berlaku sesuatu pada Presiden. Suasana itu akan menjadi satu perkara baru menyebabkan parti boleh bergelombang.
Malah keadaan sekarang apabila Timbalan Presiden yang dipegang oleh Mohamad Sabu yang bukan ulama, nescaya ada gelombang kiranya Presiden berdepan sesuatu masalah. Maka yang terbaik kedua-duanya mesti ulama. Gelombang akan lebih kiranya Timbalan Presiden itu pula bukan Islam.
Demi keselesaan jamaah yang terbaik ialah calon Timbalan Presiden itu memeluk Islam dulu dan membuktikan dia lebih layak dari muslim yang lain dalam parti itu.
Apapun pandangan yang dikatakan dari Dr. Dzulkefly adalah satu percambahan fikiran yang sihat dan baik. Pemikiran demikian dapat membantu parti dilihat sebagai berfikiran maju dan berlapang dada.

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan...
BalasPadamMohon kalau tak keberatan link kan blog http://inderasipejuang.blogspot.com/ bagi menyemarakkan perang alam maya demi menegakkan kebenaran... terima kasih
Salam !!!... Kes ini terjadi dari saranan n soalan moderator dalam forum anjuran sinar harian tempuh hari kpd Dr Dzulkefly... soalnya bukan menjadi jwpn kepada persoalan itu...sikap keterbukaan pas menerima jwtn penting sperti dgn kes ikhwan di mesir... itu saja..BUKAN KEMESTIAN... UBN amik kes ini bagai bola lambung untuk mereka...kami org PAS tak bodoh sebagitu
BalasPadamsetuju sangat dengan ulasan ini. bagi tidak mengeruhkan suasana, ada baiknya dr dzul lebih berhati2 dalam menjawab soalan cepumas dr maslee tu. dia boleh saja kata yang keperluannya masih belum wujud lagi. atau jelaskan saja bahawa pas adalah jamaah induk, bukan parti yang ditaja untuk menghadapi pilihanraya semata2. kalau dr dzul bukan pimpinan barangkali boleh dimaafkan. pimpinan seharusnya tidak terbang sendiri meninggalkan pengikut2 seperti ayah, tok atau nenek saya terlopong tak tau apa nak cakap.
BalasPadamIkhwanul Muslimin lantik Tim. Pres. 2 dari Kristian Koptik kerana undang2 Mesir mensyaratkan parti politik tidak boleh hanya dari satu agama atau bangsa sahaja. Mangkuk punya Dr Dzul , apa kejadahnya PAS nak lantik orang kristian pulak ??? Nak lantik kristian Methodist atau Khatolik yang hanya percaya pada agama ciptaan manusia tu jadi tim pre parti yang kononnya memperjuangkan Islam ???
BalasPadamIkhwanul Muslimin tu lebih kepada kerja-kerja sosial berbanding dengan keje politik . Mana boleh sama dengan PAS yang siang malam dok berceramah politik. Maki , cerca dan fitnah pihak lawan dah jadi kebiasaan dalam ceramah PAS .
inilah bahana golongan Erdogan yang semakin menunjukkan belang mereka dalam banyak isu dalam Pas sekarang,puak Erdogan haram ini sedang cuba meruntuhkan kepimpinan ulamak di kedah!Inilah "Parasit" dalam Pas.
PadamJIKA VIRUS PASRASIT TERUS DIBELA.... TUNGGULAH SAAT KEHANCURAN...
BalasPadamTakpa brader..mereka yang tidak lagi mahu wala' dan patuh kepada kepimpinan serta ingin membawa Pas ke arah jalan sendiri lalu sanggup menggadaikan prinsip dan nilai-nilai dalam islam dan Jemaah,maka puak-puak "Parasit" ini akan ditunjukkan oleh Allah kepada kita akan niat dan halatuju kejahatan mereka..InsyaAllah tunggulah!!
Padam