
"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.
"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.
Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau.

"Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini.
Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan.
cover sebb takut terlepas jadi calon
BalasPadamkalau betul anak jantan mai lerrr berentap ngan yang jantan jugak..teloq hang tu buat bagi makan anjing lagi baguih laaaa..nak pukui pompuan..hang pi pukui mak hang dulu laaaa mangkok lakhanat..
Padam