PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu
daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan
dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.
“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad
yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima
jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya
keadaan memerlukan.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat
menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno
adalah berdasarkan kaum.
“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam
Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan
Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.
“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya
menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat
bukan Islam.
“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat
bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang
berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,”
tambahnya lagi.
Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa
Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan
Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.
Nik Aziz kata mesti orang islam,mcm mana pulak puak erdogan ini kata boleh lantik orang kafir??Aku berada dalam PAS kerana mahu dipimpin oleh Ulamak,sbb aku jahil agama.
BalasPadamKalau dah orang kafir dan jahil agama memimpin aku,samalah macam UmnoPorn jugak..Gila babi puak Erdogan ini.
Ada ke jemaah islam di negara lain pernah buat macam ini??
Padamjangan ler jadi bebal.
BalasPadamBaca betul2 laporan ini:
Ketika diminta menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas itu, Dzulkefly berkata ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa.
Tetapi buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian, katanya.
"Kalau sudah diutarakan kita bincang dalam muktamar dan kita putuskan bersama," katanya lagi.
Perkara itu ditimbulkan oleh moderator wacana tersebut Dr Maszlee Malik apabila Dr Dzulkefly menimbulkan mengenai kesan gerakan Arab Spring yang didakwa turut memberi kesan kepada PAS.
Dr Maszlee bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Muslim Brotherhood and Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden.
Kita ada majlis syura'jangan cepat melatah!Tapi minta2 tak perlu benda ni terjadi!
PadamPekara ini bukannya perlu diperbesarkan tetapi biasalah pencacai atau yg mengaku penyokong PAS tetapi dok hentam PAS bila ada peluang. Kpd penyokong PAS dan PR terus istiqamah utk tumbangkan umno/bn pd PRU13.
BalasPadamumno tak payahlah timbulkan isu utk pecah belahkan PAS atau PR. erdogan, kerajaan perpaduanlah macam2 kerja munafik umno.
Abuamir
Kalau boleh selagi ada ulamak di bumi allah biarlah mereka memimpin utk mendapat keberkatan dan keredhaan allah...kerana kita adalah penyampai risalah islam...cukuplah org kafir duk kat kelab penyokong...cukuplah allah yg memenangkan kita....
BalasPadam