Selasa, 28 Februari 2012

Panass Beb..Timbalan Presiden PAS Bukan Orang Islam..??

PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.
“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.
Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.

Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

6 ulasan:

  1. Nik Aziz kata mesti orang islam,mcm mana pulak puak erdogan ini kata boleh lantik orang kafir??Aku berada dalam PAS kerana mahu dipimpin oleh Ulamak,sbb aku jahil agama.

    Kalau dah orang kafir dan jahil agama memimpin aku,samalah macam UmnoPorn jugak..Gila babi puak Erdogan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada ke jemaah islam di negara lain pernah buat macam ini??

      Padam
  2. jangan ler jadi bebal.

    Baca betul2 laporan ini:

    Ketika diminta menjelaskan perkara itu dalam sidang media selepas itu, Dzulkefly berkata ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa.

    Tetapi buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian, katanya.

    "Kalau sudah diutarakan kita bincang dalam muktamar dan kita putuskan bersama," katanya lagi.

    Perkara itu ditimbulkan oleh moderator wacana tersebut Dr Maszlee Malik apabila Dr Dzulkefly menimbulkan mengenai kesan gerakan Arab Spring yang didakwa turut memberi kesan kepada PAS.

    Dr Maszlee bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Muslim Brotherhood and Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita ada majlis syura'jangan cepat melatah!Tapi minta2 tak perlu benda ni terjadi!

      Padam
  3. Pekara ini bukannya perlu diperbesarkan tetapi biasalah pencacai atau yg mengaku penyokong PAS tetapi dok hentam PAS bila ada peluang. Kpd penyokong PAS dan PR terus istiqamah utk tumbangkan umno/bn pd PRU13.

    umno tak payahlah timbulkan isu utk pecah belahkan PAS atau PR. erdogan, kerajaan perpaduanlah macam2 kerja munafik umno.

    Abuamir

    BalasPadam
  4. Kalau boleh selagi ada ulamak di bumi allah biarlah mereka memimpin utk mendapat keberkatan dan keredhaan allah...kerana kita adalah penyampai risalah islam...cukuplah org kafir duk kat kelab penyokong...cukuplah allah yg memenangkan kita....

    BalasPadam