Jumaat, 13 April 2012

Bendera BN Dipasang Di 28 Stesen KTM..??

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan maklumat terbaru di media, Malaysiakini yang melaporkan bahawa Keretapi Tanah Melayu (KTM) membenarkan bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di kesemua 28 stesen komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor.

“Dalam hal ini, DPPM merasa kecewa kerana pihak KTM bersikap berat sebelah dengan membiarkan bendera BN dipasang di stesen komuter mereka serta memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Menr.urutnya, mungkin juga mereka sendiri diarahkan oleh pemimpin Umno BN supaya membenarkan bendera itu dipasang.

“Jika begitu, bagaimana dengan bendera milik parti dari Pakatan Rakyat?

“Bolehkah bendera PAS, PKR atau DAP berkibaran di mana-mana stesen komuter di Selangor?” soalnya dalam satu kenyataan.

Bagi DPPM, tegasnya tindakan sedemikian adalah tindakan terdesak pemimpin Umno BN bagi meraih undi simpati rakyat setelah semakin ramai rakyat menolak mereka sehinggakan perkhidmatan awam juga mahu dipolitikkan dengan tindakan begitu yang amat memualkan.

Katanya, jika bendera BN terus berkibar di stesen-stesen komuter,  DPPM merasa bimbang jika rakyat akan memboikot daripada menggunakan perkhidmatan komuter dan KTM akan menanggung kerugian yang besar nanti.

“DPPM mengingatkan KTM dan pemimpin Umno BN bahawa perkhidmatan komuter adalah untuk orang awam dan ianya dinaiki oleh rakyat pelbagai peringkat. Membiarkan bendera BN dipasang membayangkan seolah-olah stesen komuter adalah milik BN sahaja,” ujarnya.

Ini, katanya sudah tentu perkara ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan perkhidmatan yang sama.

Oleh itu, kata Riduan DPPM mendesak KTM supaya membatalkan arahan tersebut supaya perkhidmatan awam bebas dari kongkongan politik kepartian.

Menurutnya, perkhidmatan awam adalah hak untuk semua rakyat menikmatinya tidak kira dari jalur politik mana sekalipun, bukan untuk penyokong dan ahli BN sahaja.

“Ia juga bukan dibina hasil duit dari BN, tetapi ia adalah hasil daripada duit yang disumbangkan oleh rakyat kepada kerajaan,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan