ALOR GAJAH – Dua orang nelayan yang sedang asyik merawai udang di
laut terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki tanpa kepala dan
tangan kanan di perairan Kuala Linggi di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.20 malam itu, mayat yang hanya memakai
seluar dalam itu ditemui terapung kira-kira dua batu nautika dari Kuala
Linggi dalam keadaan fizikal yang tidak sempurna kerana dipercayai telah
dimakan ikan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin
Shaharuddin berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui oleh dua nelayan
yang melihat satu objek ketika merawai ikan di laut.
“Mereka kemudian menghampiri objek itu yang pada mulanya disangka bangkai haiwan.
“Sebaik tiba, nelayan tersebut terkejut apabila mendapati objek itu
rupa-rupanya mayat seorang lelaki tanpa kepala dan tangan kanan,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan