Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.
Beliau berkata, tindakan pemilik premis mempamerkan logo halal bersaiz besar itu seolah-olah menunjukkan semua barang jualan di pasar raya berkenaan dijamin halal, walaupun terdapat barang dijual tidak halal.
“Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.
“Kami kesal dengan sikap segelintir pihak yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru itu meskipun Jakim sudah banyak kali mengumumkan sijil dan logo halal yang sah hanya dikeluarkan pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini, selepas serbuan berakhir semalam.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 1.30 tengah hari sama, Jakim mengeluarkan surat amaran kepada sebuah kedai makanan di Seksyen 7, di sini, kerana mencabar undang-undang dan gagal mempamerkan sijil serta logo halal selain hanya menampal ayat al-Quran bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan.
Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.
“Anggota penguat kuasa Jakim menyerbu kedai makan terbabit dan apabila diperiksa premis itu hanya mempunyai sijil halal menyembelih ayam atas nama premis lain.
Salam. Mohon bertukar link dengan blog kami http://blogpolitikus.blogspot.com/
BalasPadam