Sabtu, 21 April 2012

Inilah Sidang Dewan Paling "Haprak" Dalam Sejarah..

Sidang mesyuarat dewan rakyat semalam yang 'menggantung' masa bagi membolehkan sembilan rang undang-undang diluluskan pada hari yang sama tidak sepatutnya berlaku.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hakikatnya parlimen tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa dan perlu memberikan masa ahli parlimen berbahas.

Malah katanya, setiap perbahasan yang akan dibuat perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu.

"Bukan, hari ini bentang hari ini juga diluluskan. Sehingga nak buat kajian pun tidak sempat. Sembilan rang undang-undang hendak lulus pada hari itu juga," katanya.

Beliau tidak tahu apa niat sebenar kerajaan yang dilihat tergesa-gesa mahu meluluskan sembilan rang undang-undang itu tetapi baginya tindakan itu tidak cekap dan bertanggungjawab meluluskan apa-apa undang-undang sekali pun.

"Ahli parlimen BN hanya tahu nak lulus sahaja. Bila Speaker tanya siapa yang bersetuju kata bersetuju lalu mereka cepat-cepat jawab setuju," katanya ketika dihubungi.

Misalnya, kata beliau menteri terlepas pandang dalam pindaan kesalahan pilihan raya akhirnya menteri mengaku ada kesilapan selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membangkitkan perkara itu.

"Bila kita timbulkan, baru menteri mengaku ada kesilapan. Barisan ahli parlimen BN tidak ada semangat hendak mempersoalkan. Reti nak lulus sahaja," katanya.

Katanya walapun dalam keadaan masa yang terhad bermula jam 10 pagi semalam berakhir jam 3.30 pagi tadi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mampu memainkan peranan sebaik mungkin.

Difahamkan, sidang mesyuarat Dewan Rakyat semalam mencatat sejarah dalam tempoh 22 tahun apabila semua aturan mesyuarat mesti diselesaikan pada hari yang sama melalui Peraturan Mesyuarat 90(2).

Difahamkan pertama kali kejadian yang sama berlaku ketika pengisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan