Ahad, 22 April 2012

Kemelut PAS Pulau Pinang..Selesaikan Segera..

GEORGETOWN -"Kita tidak boleh bercanggah pendapat apabila berada dalam sebuah parti,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Salleh Man Mat Aji.

Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan Pemuda Pas negeri supaya Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim mengosongkan kerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Salleh Man berkata, beliau menghormati ketelusan Kerajaan Negeri yang mengaku kesilapan yang dibuat ketika menghantar nama untuk jawatan YDP MAIPP itu serta menghormati pendapat yang dikemukakan Dewan Pemuda Pas negeri.

“Jika Dewan Pemuda Pas merasakan itu yang terbaik, terpulanglah.Saya tidak mahu komen dengan lebih panjang berikutan takut dispekulasikan kenyataan saya.sebagai sebuah parti,semestinya kita tidak boleh bercanggah pendapat. Oleh itu, jika Dewan Pemuda Pas negeri rasa permintaan itu terbaik,saya berserah sahaja,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menjawab soalan sama ada beliau bersetuju dengan permintaan Dewan Pemuda Pas negeri itu,beliau enggan mengulas berikutan tidak mahu ia disalah ertikan.

“Saya tidak mahu komen, dan saya juga tidak berkata saya setuju dengan permintaan Dewan Pemuda Pas itu, semuanya berserah kepada mereka. Saya menunggu keputusan selepas ini berikutan Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa ada kesilapan dalam pemberian nama terhadap pelantikan ini,” katanya.

Tiga hari lalu, Dewan Pemuda Pas negeri mencadangkan agar Abdul Malik mengosongkan jawatan YDP MAIPP dengan segera.Menerusi setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, Dewan Pemuda Pas negeri berpendapat bahawa Abdul Malik perlu mengosongkan kerusi YDP MAIPP itu dengan apa jua cara sama ada meletakkan jawatan atau menolak perlantikan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan