Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin
berkata, lebih 16,000 nama pengundi baru termasuk mereka dari luar
negeri itu menukar alamat untuk mengundi di beberapa kawasan parlimen.
Ia berikutan pendedahan mengenai video seorang anak kepada ADUN Umno
di Melaka yang terlibat dalam usaha Umno-BN negeri itu memindahkan
alamat pengundi ke Melaka, khasnya di kawasan parlimen Bukit Katil.
Komplot jahat dan terancang itu turut melibatkan kakitangan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang
dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di
Melaka.
“Data 16,000 pengundi yang ditukar alamat disahkan sendiri oleh SPR
dalam pertemuan baru-baru ini dan saya sendiri bersama teman-teman dalam
Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil akan membawa video ini segera ke
SPR, SPRM dan polis untuk tindakan susulan.
“Kita juga mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak segera
menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum Parlimen dibubarkan,”
tegasnya.
Shamsul berkata, komplot jahat itu dilakukan kerana Umno-BN dilihat
sangat sukar untuk mempertahankan kawasan parlimen di Melaka, selain dua
dari empat kerusi DUN dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU lalu.
“Tidak hairan apabila Umno Melaka memperalat mahasiswa untuk menukar
alamat bagi mengundi mereka pada PRU kali ini kerana Umno sendiri tidak
yakin untuk menang,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan