Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan
tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures
Holding Berhad (FGVH) ke Busrsa Malaysia sebagai cuba menjerat leher
Felda sendiri.
"Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat
gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas,
namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya.
"Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan.
Beliau
berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvesyen Halatuju Felda
anjuran gabungan NGO Selamatkan Felda di Dewan Serbaguna, Universiti
Industri Selangor pagi tadi.
Selain itu beliau turut melemparkan
persoalan, sekiranya benar kedudukan kewangan Felda kukuh, kenapa FGVH
perlu disenaraikan dan sanggup berdepan resiko begitu besar.
"Syarikat
bertindak melakukan penyenaraian adalah untuk mendapatkan duit tunai
bagi mengembangkan perniagaan tetapi Felda sudah mempunyai jumlah aliran
tunai yang banyak serta aset yang besar kenapa perlu disenaraikan.
"Kalau
ingin mengembangkan perniagaan, Felda boleh menggunakan wang tunai yang
dimiliki oleh mereka (Felda) dan tidak perlu berada dalam Bursa Saham
bagi tujuan mendapatkan modal," katanya.
Konvesyen Halatuju Felda hari ini dihadiri hampir 1,000 peneroka dari seluruh negara.
Selain
Kadir, turut akan membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan
Kelantan Datuk Husam Musa, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan
bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri Abd Aziz.
umno bukan bodoh yang bodoh peneroka felda saham naik depa kaya saham jatuh depa melepek depa tak yang tanah depa tu kena gadai gantinya sekeping kertas yang nilai di putar belit oleh yahudi sedunia nabi suruh berniaga cash bukan hutang bila hutang harga akan naik sebab ramai mapu buat hutang bila cash hrga jatuh sebab nak mengadakan tunai tu susah saham tu ekonomi capitalist bukan ekonomi islam yang sustainable economy bukan kaya sehari
BalasPadamBetui tu Wahai! Najib sampai hati kau gadaikan warisan Bapak kau,majoriti peneroka adalah orang melayu cam kau,Kau berkokok PEMBELA MELAYU,KETUANAN MELAYU,SANGUP KAU MEMPERJUDI DAN MEMPERGADAIKAN NASIB MELAYU
BalasPadam