Ahad, 22 April 2012

Mamat Ni Kata Felda Akan Kantoii..

Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyifatkan tindakan kerajaan mahu menyenaraikan Felda Global Ventures Ventures Holding Berhad (FGVH) ke Busrsa Malaysia sebagai cuba menjerat leher Felda sendiri.

"Dalam keadaan ekonomi sekarang banyak syarikat gergasi yang sedang cuba keluar dari penyenaraian untuk lebih bebas, namun Felda pula mengambil sikap sebaliknya.

"Ini perlu diperjelaskan kenapa," katanya yang merupakan bekas menteri penerangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvesyen Halatuju Felda anjuran gabungan NGO Selamatkan Felda di Dewan Serbaguna, Universiti Industri Selangor pagi tadi.

Selain itu beliau turut melemparkan persoalan, sekiranya benar kedudukan kewangan Felda kukuh, kenapa FGVH perlu disenaraikan dan sanggup berdepan resiko begitu besar.

"Syarikat bertindak melakukan penyenaraian adalah untuk mendapatkan duit tunai bagi mengembangkan perniagaan tetapi Felda sudah mempunyai jumlah aliran tunai yang banyak serta aset yang besar kenapa perlu disenaraikan.

"Kalau ingin mengembangkan perniagaan, Felda boleh menggunakan wang tunai yang dimiliki oleh mereka (Felda) dan tidak perlu berada dalam Bursa Saham bagi tujuan mendapatkan modal," katanya.

Konvesyen Halatuju Felda hari ini dihadiri hampir 1,000 peneroka dari seluruh negara.

Selain Kadir, turut akan membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri Abd Aziz.

2 ulasan:

  1. umno bukan bodoh yang bodoh peneroka felda saham naik depa kaya saham jatuh depa melepek depa tak yang tanah depa tu kena gadai gantinya sekeping kertas yang nilai di putar belit oleh yahudi sedunia nabi suruh berniaga cash bukan hutang bila hutang harga akan naik sebab ramai mapu buat hutang bila cash hrga jatuh sebab nak mengadakan tunai tu susah saham tu ekonomi capitalist bukan ekonomi islam yang sustainable economy bukan kaya sehari

    BalasPadam
  2. Betui tu Wahai! Najib sampai hati kau gadaikan warisan Bapak kau,majoriti peneroka adalah orang melayu cam kau,Kau berkokok PEMBELA MELAYU,KETUANAN MELAYU,SANGUP KAU MEMPERJUDI DAN MEMPERGADAIKAN NASIB MELAYU

    BalasPadam