Khamis, 5 April 2012

Macam Mana Mamat Nii Dapat Pinjaman 50 Juta??

Umno Kedah bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Syed Sobri Syed Hashim  apabila dilucutkan kelayakannya sebagai Adun Kuala Nerang kerana muflis.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam situasi ini, parti sudah tentu kehilangan seorang wakil rakyat yang sentiasa membela kepentingan masyarakat setempat.
"Saya sudah dimaklumkan mengenai kedudukan terkini Syed Sobri sebagai Adun, malah sebelum ini, Barisan Nasional (BN) negeri sudah beberapa kali membantunya menangani masalah hutang.

"Saya bersimpati dengan kes hutang yang beliau hadapi apabila gagal melangsaikan hutang pinjaman sejumlah RM 50 juta sehingga menjadi muflis dan gugur kelayakan sebagai seorang Adun. Namun kita berharap beliau masih dapat meneruskan khidmat kepada rakyat dan parti," katanya menerusi satu kenyataan media kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Syed Sobri yang menang kerusi Dun Kuala Nerang buat kali pertama dalam pilihan raya umum 2008, mengumumkan bahawa beliau diisytiharkan muflis sejak Disember tahun lalu kerana gagal menjelaskan hutang perniagaannya.

Selain hilang kelayakan sebagai wakil rakyat, Syed Sobri turut gugur kelayakan daripada memegang jawatan Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap dan jawatan politik lain.
Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, berikutan pengguguran kelayakan Syed Sobri sebagai Adun, Umno Kedah akan menjadikan kawasan Dun Kuala Nerang sebagai Dun angkat dan Umno Bahagian Padang Terap dijangka memikul tugas itu.

Menurutnya, tindakan itu perlu diambil bagi memastikan kepentingan penduduk dalam kawasan itu terus  terpelihara.
"Rakyat di kawasan ini tidak perlu bimbang kerana Umno Kedah akan memastikan kepentingan mereka dijaga.

"Walaupun Syed Sobri tiada jawatan lagi di dalam Umno, kita masih mahu beliau meneruskan sumbangan tenaga kepada rakyat dan membantu parti kerana rakyat di Dun Kuala Nerang masih dahagakan sentuhannya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan