Sabtu, 21 April 2012

Mamat Nii Jangan Jadi Pencacai Umno..

Hukumnya haram jika tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman.
 
Beliau berkata, mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.
 
"Haram hukumnya mengikut Islam dan telah berlaku kezaliman jika gagal membayar balik wang pinjaman," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Falak Syarie di Janda Baik dekat sini, hari ini.
 
Katanya, peminjam wajib membayar balik pinjaman sepertimana terkandung  dalam kontrak perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

JuRaGan : Haram tu haram la beb..tapi jangan jadi Mufti  double standard..Tajuddin Ramly sapu duit rakyat RM589 juta dan dihapuskan macam tu saja..tak haram ke??Shahrizat bantai duit Rakyat RM250 Juta dan lesap macam tu saja tanpa bayar semula,tak haram ke??..Lu orang agama..jangan pulak jadi pencacai pemimpin Umno,kelak Allah tarik balik roh islam yang ada pada  Pak Mufti ini..yang tinggal nanti roh kapal selam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan