Sabtu, 21 April 2012

Polis Penipu...Serangan Habis Baru Sampai..

Polis lambat bertindak bagi menangani insiden di Dataran Merdeka walaupun mahasiswa yang berkhemah bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran datang meminta bantuan, dakwa anggota parlimen DAP.

Er Teck Hwa yang berada di Dataran pada waktu kejadian berkata, beliau menuju kepada anggota polis bagi meminta pertolongan tetapi pasukan keselamatan itu didakwa lambat bertindak.

"Pergelutan berlangsung kira-kira 20 minit. Hanya ketika samseng hendak beredar barulah polis datang," dakwanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Er berkata, beliau bergegas ke Dataran pada jam 2 pagi setelah tersebar khabar angin di Facebook bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang bertindak terhadap mahasiswa.

Polis Kuala Lumpur bagaimanapun semalam menafikan lambat bertindak terhadap serangan sekumpulan lelaki berpakaian gelap yang didakwa samseng itu.

1 ulasan:

  1. PDRM cakap tak serupa bikin kalau gaji PDRM bn bayar ka mca bayar ka mic bayar ka,pekasa bayar ka,bla bla bayar ka masuk politik la!!

    BalasPadam