Para pengunjung Himpunan Jutaan Belia Putrajaya Mei 2012 yang akan
diadakan dari 23 hingga 27 Mei depan bakal dihiburkan dengan persembahan
bertenaga dua buah kumpulan muzik terkemuka dari Korea Selatan iaitu
Teen Top dan Dal Shabet.
Persembahan yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara itu
boleh disaksikan secara percuma pada pukul 8 malam 26 Mei di pentas
utama tapak himpunan tersebut di Putrajaya.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed
(gambar) berkata, kehadiran kumpulan muzik dari Korea Selatan itu
bukanlah semata-mata untuk memastikan sasaran menghimpunkan jutaan belia
pada hari tersebut tercapai, malah ia sebenarnya turut mempunyai maksud
yang tersirat.
“Sambil berhibur, golongan belia Malaysia sebenarnya boleh melihat
perkembangan muzik dari sudut yang positif dan perlu belajar daripada
mereka.
“Bagaimana Korea Selatan, sebuah negara yang dahulunya mundur, kini
sudah menjadi negara yang amat maju. Bukan dari segi muziknya sahaja,
malah teknologi yang dimiliki mereka turut berkembang,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! di sini semalam.
saya risau saja Allah hilangkan malaysia dari peta dunia. Naudzubillah
BalasPadamUntuk belia2 muslim/muslimat di cadang menghadiri perhimpunan berunsurkan Islam....
BalasPadamUMNO tak boleh hidup tanpa sebarang acara berunsur maksiat. Bila anak2 orang UMNO ramai buang anak kemudian mereka salahkan parti PAS kerana gagal melaksanakan dasar islam. Bukankah pelik bunyinya...
BalasPadamHiburan yang melampau telah merosakkan jiwa dan menjadi penyebab golongan ini mula melupai amalan baik dan mencintai kemungkaran,pemerintah sanggup buat apa saja demi mencari kemenangan...
BalasPadamBros,
BalasPadamSebelum melompat dan tuduh itu sahaja program yang bangsat, pergilah rujuk apa lagi aktivit-aktiviti yang ada.
http://www.hbn.gov.my/index.php/aktiviti-segmen/54.html
Di situ semua aktiviti berkaitan rohaniah.
Artikel anda juga telah disahut di Warta Rakyat
http://www.wartarakyat.my/?p=705
Bunyi macam amat bangsat sahaja kan?
~ OnDaStreet
Hanya manusia buta maklumat dan buta hati akan kata Umno banyak anjurkan program kerohanian!!contoh,program sambutan tahun baru bersama utz azhar dianjurkan oleh PAS..tidak jauh dari situ Umno anjurkan pula konsert bersama artis sempena sambutan tahun baru..Emmmmmmm....
BalasPadamDiTempat saya,Taiping..Umno akan kumpulkan 120 orang artis sempena sambutan tahun meliwat Perak dengan pengerusinya Hamidah Osman,ketua Wanita Umno Bahgian Gopeng.Emmmmmmmmm