Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata
Dataran Merdeka - tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini -
bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun
secara aman.
Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.
Beliau
memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di Parlimen sebagai
mengulas penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28
April kerana tidak puashati dengan syor jawatankuasa pilihan Parlimen
(PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya yang didakwanya gagal
menangani isu-isu utama.
Dalam reaksi segera, Pengerusi Bersama
BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis
mengenai perkara itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan