Kalau Datuk Najib masih ada di Putrajaya selepas PRU-13 ini bolehlah
saya bawa pelajar-pelajar cemerlang UPSR sekolah ini ke sana.
“Namun kerana negara kita mengamalkan demokrasi, kita tidak tahu lagi
siapa akan duduk di Putrajaya selepas ini. Kalau gitu kita gi ke
masjidlah kerana sapa-sapa tidak boleh larang,” kata Setiausaha Politik
(SUP) Perdana Menteri, Datuk Fatmi Che Salleh.
Beliau mendedahkan rasa kebimbangan itu pada ucapan ketika merasmikan
mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Rendah
Kebangsaan Sultan Ismail 3 dekat sini, hari ini.
Pada program berkenaan Fatmi yang juga Ketua Umno Kota Bharu
menyampaikan buku akaun Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
Selain itu ada pelajar miskin yang menerima bantuan E-Kasih. Pelajar darjah satu pula menerima RM100 setiap seorang.
Tahun lepas difahamkan seramai 21 pelajar yang mendapat 5A dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah terbabit ditaja tiket
penerbangan ke Putrajaya oleh Fatmi.
Bagaimanapun ramai ibu bapa yang hadir di mesyuarat PIBG berkenaan
mengeluh panjang kerana bantuan KWAPM sebanyak RM200 belum lagi
dimasukkan ke dalam akaun pelajar bagi tahun ini.
Pada ucapan di majlis tersebut Fatmi sekali lagi mengulangi untuk
membawa pelajar cemerlang sekolah itu ke Putrajaya sekiranya Najib masih
menduduki kerusi Perdana Menteri.
Ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut dikehendaki mengesahkan
kehadiran bagi mengelakkan anak mereka diambil tindakan pihak sekolah.
Kini mesyuarat PIBG diadakan di banyak sekolah sebagai pentas kempen
Umno selepas ceramah yang dianjurkan mereka tidak mendapat sambutan.
Malam Sabtu lalu Umno menganjurkan ceramah berkelompok di rumah
seorang penduduk berhampiran Masjid Lundang yang dihadiri beberapa kerat
penduduk terutamanya wanita.
Turut kelihatan berucap pada majlis berkenaan pegawai Jabatan Penerangan Kelantan.
Namun program tersebut tenggelam kerana tidak jauh dari situ PAS mengadakan ceramah perasmian Markas PAS UPU Lundang.
Ceramah penerangan Umno terbabit berakhir jam 11 malam. Kemudian
beberapa wanita di situ dilihat berjalan menuju ke tempat ceramah PAS
pula.
Bilangan yang hadir pada ceramah PAS berpuluh kali ganda lebih ramai
berbanding ceramah penerangan Umno yang diadakan di rumah bekas seorang
guru.
Sempena pelancaran markas terbabit Timbalan Yang Dipertua PAS Kota
Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua Muslimat PAS Pusat,
Senator Mumtaz Md Nawi menyerah bendera bulan purnama kepada 11 wakil
UPU Dun Bunut Payong.
Hadir sama pendakwah bebas, Ustaz Khairul Ikwan, Pengarah Pilihan
Raya PAS Kota Bharu, Azahari Abdul Rahman, bekas Pengarah Jabatan
Penerangan Sarawak, Hamid Omar dan Mejar (B) Hassan Mahmoo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan