Seorang remaja terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas
di Km 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata
mangsa, Meor Mahffuz Meor Abdullah, 16, dari Lenggong meninggal dunia di
tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang tadi dan mangsa dipercayai
menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di
tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi
di sini.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Ipoh ke rumahnya di Lenggong
selepas menghadiri majlis perhimpunan Barisan Nasional (BN) Pilihan
Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tengah hari Sabtu.
Sementara itu Ketua Pemuda Umno Perak Khairul Azwan Harun berkata
seluruh anggota Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga
Allahyarham.
Pemuda Umno Perak juga akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa, katanya ketika dihubung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan