Khamis, 19 April 2012

Samseng Taik Babi..Apa Kata KP Kula Lumpur Inii.??

Polis menafikan dakwaan peserta yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kononnya pasukan keselamatan itu lambat bertindak mengawal keadaan semasa mereka diserang satu kumpulan yang tidak dikenali di Dataran Merdeka di sini, awal pagi Khamis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tuduhan itu adalah melulu kerana enam buah MPV peronda polis bersama pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) telah tiba lima minit selepas insiden itu berlaku.

"Malah disebabkan kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, dua detektif polis cedera di bahagian belakang ketika cuba meleraikan pergaduhan. Serangan itu dilakukan sekumpulan 30 hingga 40 orang yang berumur lingkungan 20 dan 30-an yang memakai baju hitam," katanya kepada pemberita di sini.
Mohmad berkata, jika benar kedatangan pihak polis lewat, tidak mustahil peserta berkenaan yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lepas bagi membantah PTPTN boleh mengalami kecederaan yang lebih serius atau terbunuh.

Beliau berkata, disebabkan ketangkasan pihak polis juga seorang daripada anggota kumpulan penyerang itu berumur 28 tahun dan bekerja sendiri telah ditangkap untuk membantu siasatan dan ditahan reman sehingga 24 April ini.

Mohmad berkata, dalam kejadian itu seorang ahli perniagaan berumur 40 tahun cedera di mata dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, namun polis masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa adalah penyerang atau peserta.
"Setakat ini polis telah menerima enam laporan daripada pegawai polis, pegawai DBKL serta seorang mangsa yang cedera.

"Polis masih tidak dapat mengesanpunca mereka diserang dan kita akan merakam keterangan mangsa serta lelaki yangditahan itu untuk siasatan lanjut," katanya. -

3 ulasan:

  1. Dulu kejadian kat Jln Kebun, kenapa boleh dibebaskan lagi si samseng ni?
    Apa tindakan polis terhadapnya sehingga masih lagi melakukan kekacauan dan kecederaan pada peserta?
    Apakah ini wayang?
    Kenapakah manusia ni masih bersifat samseng selepas ditangkap pada kali pertamanya.
    Kenapakan masih tidak ada kesedaran sepas polis menahannya pada kali pertama?

    Kali ini bukan sahaja membuat kacau peserta malah telah mengganas dgn mencederakan peserta.

    Wayang...Wayang Polis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Polis pun pandai main politik....sifu dia umngok...kah..kah...he...he....he.....ho...ho

      Padam
  2. TAH KALU TANGKAP PI BALAI DEPA TEPUK BAHU KOT ! PASTU LEPAS BAGI BARUA SEKUTU PARTI APCO TU BUAT SAMSENG LAGI ! KALAH HOLLYWOOD ;)

    BalasPadam