Blogger Al-Husseyn saya ambil sebagai peneman dan saksi sebelum ke rumah ibu saya. Setiba di sana, dua orang utusan yang amat saya kenali, malah lebih tepat lagi, salah seorang yang menjadi jurucakap tadi adalah rakan bapa saya sekampung sedari kecil lagi. Dan kedudukannya di dalam masyarakat, amatlah berpengaruh sekali. Siapa dia? Biar kita gelarkannya hanya sebagai 'utusan' sahaja sepertimana pengakuannya sendiri. Dengan Al-Husseyn pun memang kenal rapat.
Selepas bersalaman dan bertegur sapa, saya tanyakan perihal kedatangannya itu. Menurutnya, beliau diutus oleh Hamidah Osman untuk berbincang dengan saya agar saya bersetuju untuk menarik kembali tulisan di blog saya mengenai siasatan SPRM terhadap Hamidah. Tulisan tersebut boleh dirujuk [DISINI]. Menurutnya lagi, Hamidah amat terganggu dengan tulisan pendedahan tersebut. Tidak betulkah apa yang tertulis di situ?, tanya saya. Jawapnya, betul atau tidak, beliau hanya datang untuk menyampaikan pesanan Hamidah. Dan sambungnya lagi, jika saya tidak memadamkan entry tersebut daripada blog dan memohon maaf kepada Hamidah, tindakan selanjutnya akan di ambil.
Saya mengingatkan beliau akan seriusnya ugutan awalnya tadi untuk menghantar polis menangkap saya dan saya tidak akan memadam apa yang telah tertulis di blog kerana ianya adalah daripada maklumat yang diperolehi.
Selepas berbual panjang lebar dengan bapa saya dan Al-Husseyn, akhirnya beliau meminta diri dan katanya akan kemukakan keputusan saya itu kepada Hamidah. Saya juga sempat berpesan kepada 'utusan' tadi untuk disampaikan kepada Hamidah mengenai blog mereka, Sg Rapat Online yang begitu biadap menggunakan perkataan-perkataan kesat dan kasar, carut-mencarut, memaki hamun dan suka mereka-reka cerita agar lebih berhemah sebagaimana bahasa dan budaya orang-orang Melayu sejati.
LAPORAN POLIS
Selepas merujuk kepada rakan-rakan dan peguam, satu laporan polis terhadap apa yang berlaku pagi tadi itu telah dibuat untuk melindungi diri saya dan keluarga daripada apa-apa ancaman dan tindakan oleh mana-mana pihak. Satu Repot Am dikeluarkan dan saya dinasihati agar terus menghubungi balai polis jika ada apa-apa yang berlaku selepas ini.
Penulis sedang membuat laporan di Balai Polis Kg Rapat |
JuRaGan : Gua rasa ini YB Betina paling haprak yang pernah gua dengar..Kalau bab mengganggu ceramah
PAS memang betina ni juara di kalangan YB Umno di Perak,lebih dari 10
edisi ceramah PAS diganggu dengan YB Haprak ini akan mengadakan juga
ceramah berhampiran ceramah PAS untuk mengganggu dengan pembesar suara
dihalakan kearah ceramah Pas..
Gua rasa inilah YB yang tidak bertamaddun dan pengecut apabila
berhadapan dengan PR...Walau apapun,perancangan jahat kamu,Perancangan
Allah lebih hebat..apabila respon daripada ramai pengundi atas pagar di
DUN Sg Rapat marah dan meluat dengan tindakan YB Sg Rapat ini...semoga
senerio ini berterusan sehingga PRU13,untuk kita sama-sama lihat
kejatuhan YB Sg Rapat ini dalam keadaan hina dan
memalukan..InsayAllah...Hancusss Umnoo...
Wanita UMNO kerja keras untuk UMNO pun tak guna. Mereka hanya dipandang BANGSAT oleh Najib sendiri. Jika tidak masakan Najib yang memangku jawatan Menteri Wanita. Antara dua, Najib sudah tak ada telor... maka dia rasa dia cukup layak untuk mewakili wanita, atau jawatan itu disandang bagi membolehkan pentadbiran disebalik tabir oleh Rosmah The FLOM (First Lorat of Malaysia).
BalasPadam