Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, dua lagi tokoh di
luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha melakukan
transformasi pilihan raya.
Meskipun mengakui masih bersama-sama
Umno, namun anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata
beliau sudah tidak sanggup melihat sistem pilihan raya
diperkotak-katikkan Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.
Menyentuh
mengenai isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, Tamrin yang
pertama kali muncul di pentas Pakatan Rakyat berkata, beliau sangat
sedih apabila kerajaan sanggup 'menjual' negara kepada warga asing.
"Hari
ini saya sedih kerana melihat begitu senang negara ini dijual kepada
warga asing, semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.
"Berpuluh ribu rakyat asing diberi kad pengenalan. Bermakna kita sanggup menjual negara kita ini semata-mata nak menang.
"Saya
boleh nyatakan, kerana nak menang kita sanggup jual negara," kata
beliau sewaktu berucap di Ceramah Countdown 10 hari Bersih 3.0 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.
PENGKHIANATAN BERTERUSAN SELAGI PARTI SEKUTU APCO MEMERINTAH ! UBAH SETELAH PARAH ,UNDI ASAL BUKAN UMNO-BN !
BalasPadam