Rabu, 18 April 2012

Mamat Nii Duduk Dalam Umno...Tapi "Sokong" Bersihh..

Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, dua lagi tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usaha melakukan transformasi pilihan raya.

Meskipun mengakui masih bersama-sama Umno, namun anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar berkata beliau sudah tidak sanggup melihat sistem pilihan raya diperkotak-katikkan Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa.

Menyentuh mengenai isu pemberian kerakyatan kepada warga asing, Tamrin yang pertama kali muncul di pentas Pakatan Rakyat berkata, beliau sangat sedih apabila kerajaan sanggup 'menjual' negara kepada warga asing.

"Hari ini saya sedih kerana melihat begitu senang negara ini dijual kepada warga asing, semata-mata untuk menang dalam pilihan raya.

"Berpuluh ribu rakyat asing diberi kad pengenalan. Bermakna kita sanggup menjual negara kita ini semata-mata nak menang.

"Saya boleh nyatakan, kerana nak menang kita sanggup jual negara," kata beliau sewaktu berucap di Ceramah Countdown 10 hari Bersih 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

1 ulasan:

  1. PENGKHIANATAN BERTERUSAN SELAGI PARTI SEKUTU APCO MEMERINTAH ! UBAH SETELAH PARAH ,UNDI ASAL BUKAN UMNO-BN !

    BalasPadam