Ahad, 15 April 2012

Terkini..Gambar DBKL Roboh Khemah Dan Episod Pertengkaran...

Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ahmad Zaki Yamani mempertahankan tindakan mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka.
Ini kerana katanya, tindakan itu adalah hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan.
“IPD Dang Wangi sudah beri kenyataan tidak akan masuk campur dalam hal ini kerana ia di bawah bidang kuasa DBKL,” katanya.
Beliau berkata demikian ekoran cubaan sekumpulan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama anggota polis menghalau aktivis mahasiswa yang memasang khemah di kawasan itu.
Berlaku pertengkaran kecil ketika Zaki cuba mempertahankan hak mahasiswa itu yang menyaksikan polis dan pegawai DBKL  itu terpaksa mengalah selepas campur tangan beberapa pegawai DBKL lain.
Kira-kira 40 mahasiswa berkhemah di kawasan itu sejak petang semalam bertujuan mendesak kerajaan membatalkan pinjaman PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.
Kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga merancang untuk berkhemah di situ sehingga himpunan Bersih  28 April ini.
Semalam kira-kira 1000 mahasiswa berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka dengan membawa sepanduk dan melaungkan slogan ke arah tuntutan pendidikan percuma.

1 ulasan:

  1. DBKL NI TAK PRO LANGSUNG ! MANA SEMANGAT PERTAHAN RAKYAT TERUTAMA MAHASISWA YANG BAKAL PELAPIS MEMIMPIN NEGARA ?

    BalasPadam