Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan bersama 20
badan bukan kerajaan (NGO), pada Ahad membuat laporan polis berhubung
tindakan beberapa pemimpin pembangkang mengejek sertamenghina Raja-Raja
Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku
Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, baru-baru ini.
Timbalan Yang Di-Pertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Mohamad berkata,
langkah itu diambil pihaknya berikutan laporan yang dibuat seorang
pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir yang tidak mendedahkan sepenuhnya
kenyataan beliau berhubung isu berkenaan.
"Kita mengambil langkah ini berdasarkan laporan yang dibuat Dr Rahman
yang mengatakan bahawa ada perkara-perkara yang tidak tergamak ditulis
oleh beliau kepada umum.
"Jadi kita mengharapkan pihak polis membuat siasatan apakah perkataan
dan tingkah laku yang beliau tidak dapat beritahu itu," katanya kepada
pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Baharu.
Dr Rahman dalam laman sosial Facebooknya seperti dilaporkan akhbar
baru-baru ini, menzahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan biadap
beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek serta mempersenda bentuk
badan pemimpin kerajaan dan Raja-Raja Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan