Bukan sahaja ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Motivator dalam
sebuah badan bukan kerajaan (NGO), bahkan turut dipelawa berjumpa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tawaran ini diterima Rabu lalu oleh bekas Ketua Umno Cawangan Kampung
Melaka, Osman Shamsuddin dari dua individu yang mendakwa wakil kepada
Setiausaha Sulit Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Jasman Anuar.
Menurut Osman yang juga merupakan bekas Ketua Kampung Melaka di
Tanjung Karang memberitahu tidak mengenali secara dekat kedua-dua
individu terbabit tetapi memberitahu salah seorang itu bernama Mazlan
dan pemandunya.
“Cuma dia beritahu, mereka dihantar oleh Jasman, Setiausaha Umno Bahagian Tanjung Karang”, katanya kepada Media Selangorku.
Osman juga memberitahu, bahawa beliau akan dibawa berjumpa PM untuk
mengadakan satu rundingan yang tidak diketahui tujuan sebenarnya.
Mereka mendakwa dari sebauah NGO dan minta saya supaya tinggalkan perjuangan PAS.
“Sebagai ganjarannya saya akan dilantik sebagai Timbalan Motivator
dalam NGO mereka, tapi saya terlupa pula nak tanya NGO apa,” terangnya.
Bercerita lanjut, Osman memberitahu beliau sudah lama diekori dan
dihubungi melalui telefon tetapi selalunya beliau tidak menjawab
panggilan berkenaan.
“Hari ini sahaja dah dekat enam kali telefon saya dan dia ada
nyatakan saya akan dibawa berjumpa PM dalam masa terdekat untuk
‘rundingan’ lanjut.
“Apa yang dimaksudkan dengan rundingan itu, tidaklah pula saya tahu rundingan macamana dimaksudkan,” ujar beliau lagi.
Bagaimanapun Osman menegaskan setelah meninggalkan Umno selama
kira-kira satu tahun tiga bulan, beliau tidak mungkin beliau kembali ke
pangkuan Umno semula.
“Kampung ini sayalah yang teroka, nama Kampung Melaka ini pun saya
yang beri dan Umno cawangan kampung ini antara yang terawal di Tanjung
Karang.
“Tetapi saya takkan kembali kepada Umno sebab pemimpin Umno sekarang semakin angkuh, sombong, sebab itu lah saya keluar.
“Saya maksudkan ialah Ketua Umno Bahagian ini sendiri, (Datuk Seri) Noh Omar.
“Bila dah jadi menteri penuh, dah jauh berubah, sombong dengan orang kampung
“Tambah pula bila saya kenangkan pengorbanan saya semasa dalam Umno dahulu langsung tak hargai,” ujarnya lagi.
siapa ahli umno nak masuk pr value tinggi sekarang oooo.
BalasPadam