Rabu, 9 Mei 2012

Baru Gua Kenal..Mamat Brutal Nii...


Seorang guru disambut sebagai seorang hero di sekolah ekoran tindakannya  ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu yang mencetus sensasi di laman video Youtube dan laman sosial Facebook.

Toh Chin Hong, 27, bagaimanapun tidak begitu menghiraukan populariti yang diraih.

"Fokus pada 28 April tidak boleh hanya pada satu orang. Ia akan menjejaskan tujuan utama kita iaitu penambahbaikan pilihan raya.

"Kita mesti ingat. Jika kita lupa, seluruh perhimpunan itu tidak bermakna," kata guru kimia itu dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Dalam perhimpunan itu, Toh dikejar oleh pasukan keselamatan yang bertindak ke atas kumpulan peserta perhimpunan di satu jalan di luar stesen LRT Masjid Jamek.

Beliau yang kepenatan akibat dikejar polis FRU kemudian duduk bersila di jalan berkenaan, bertentangan dengan barisan pasukan tersebut.

NONETindakannya itu yang dirakam lensa kamera, mendapat sambutan liar di Internet apabila gambar beliau dalam keadaan diselubungi asap gas pemedih mata dikongsi lebih 1,500 pengguna Facebook, selain 160,000 tontonan video di YouTube.

"Memandangkan mereka (polis) tidak membenarkan saya duduk di Dataran Merdeka, saya duduk di hadapan mereka," katanya yang digelar 'Lelaki Topi Jerami' oleh para peminatnya.

6 ulasan:

  1. DEMI SEBUAH IMPIAN UNTUK KETELUSAN , SYABAS )

    BalasPadam
  2. Jiwa Berani Yang Tidak Gentar Demi BERSIH untuk membersihkan pemerentahan yang kotor,yang menganiai RAKYAT dan sudah tentunya pula PEMERENTAHAN UMNO/BN menipu rakyat.

    BalasPadam
  3. Hebat Bro...Memang Berani...Tahap Keberanian Gua belum sampai macam Lu....SYABAS...

    Apa yang penting Tuntutan BERSIH 3.0.....SYABAS.

    BalasPadam
  4. kalau 1 juta pendemonstrasi 4.0 macam mamat ni.
    misti putih tapak kaki polis2 dan sb2 lari menyelamatkan diri.
    sebab, gua tau mamat polis dan sb tu bukannya berani sangat.

    BalasPadam
  5. tabik cikgu....90% cikgu sokong bersih...ini bukti guru penggerak minda&jiwa yang bersih dan adil...sallute.....

    BalasPadam
  6. fuhhh, gua tabik sama apek niiii, apek bukan sebarang apek

    BalasPadam