Khamis, 10 Mei 2012

Inilah Kerja Si "Penakut"...

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan memakai pakaian berwarna kuning pada pilihan raya umum walaupun ia menjadi warna korporat mereka kerana tidak mahu dikaitkan dengan Bersih.
Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah perkara biasa bagi kakitangan SPR di tempat mengundi memakai kemeja-T berwarna kuning.

"Kuning adalah warna korporat kami dan SPR dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
"Tetapi kelihatan seperti kita perlu memilih warna lain sekarang kerana Bersih telah menggunakan kuning.
"Kami akan memilih warna yang bebas daripada mana-mana parti untuk baju-T. Yang selebihnya tetap sama," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan tengah ceramah bertajuk 'Bersih 3.0: Mahu Apa Lagi?'

Beliau ditanya sama ada SPR akan berhenti menggunakan warna kuning semasa pilihan raya kerana warna itu telah dikaitkan dengan Bersih.

Wan Ahmad juga berkata bahawa mereka telah mengenal pasti enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi pemerhati domestik untuk pilihan raya umum.
Beliau berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat pertama dengan NGO non-partisan minggu depan.

Pemerhati antarabangsa juga akan dijemput untuk memantau pilihan raya, katanya.
Wan Ahmad mendakwa Bersih mempunyai agenda politik dan tidak ikhlas inginkan pembaharuan.
Beliau berkata suruhanjaya itu telah membuka ruang untuk perbincangan tetapi kumpulan-kumpulan tertentu telah mengabaikan saluran itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Wan Ahmad berkata suruhanjaya itu telah bersedia 80 peratus untuk pilihan raya dan kini memberi tumpuan kepada taklimat dan persediaan parti-parti politik.

5 ulasan:

  1. Aku syorkan warna kelabu taik anjing yang mengganas semasa Bersih 3.0. Baru cantik, satu puak anjing UMNO dengan satu puak lagi taik anjing UMNO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa lebih baik SPR pakai baju warna pelangi, macam-macam warna ada .

      Selesai jugak satu masalah !

      Padam
  2. buatla paper hai samdul asalkan cow bahgia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana boleh buat apa-apa asalkan bahagia cikgu oooiiii....
      Sesuatu itu ada batasannya...

      Cikgu ni pendokong LGBT macam Anwar ker..??

      Padam
  3. Abang bangang,

    Golongan muda dan belia sekarang sangat kuat menyokong Umno/BN !!
    Kesiaaaaannn kau !.....terpinggir !

    BalasPadam