Isnin, 14 Mei 2012

Awasss..Pakatan Rakyat..!!

Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
Perkembangan terbaru ini kali kedua spekulasi bahawa Najib akan membubarkan Parlimen meleset.

JuRaGan : Fuhh sampai 12 hari najib menghilang dari bumi Malaysia beb..sedangkan masa kini asalah hari-hari terpenting beliau untuk berkempen memandangkan PRU semakin hampir?? Atau ada agenda tersebunyi disebalik pemergian beliau ini??Maka PR perlu sentiasa berwaspada apabila beliau terlalu lama meninggalkan bumi malaysia..Takut nanti ada yang baling batu sembunyi tangan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan