Isnin, 14 Mei 2012

Tengok Nii..Muka Ketua Bahagian Umno Macam "Dugong Tertelan Julap"....

Dengan selamba Hj Nizar datang dan duduk di sebelah Ketua Bahagian Umno Kampar Radhi Manan (Tengah) sehingga beliau terkedu macam muka menahan kentut,,kerana terkejut dengan kehadiran Hj Nizar dalam ceramah Khas menghentam Haji Nizar di Tualang Sekah..Ini baru anak jantan bebb..

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.

11 ulasan:

  1. SEKALUNG TAHNIAH buat Dato Seri Nizar!!!!

    Very2 gentleman... Hahaha. Padan muke Radhi Manan, padan muke semuwe panglime umNO tuhh!! Kecutt!!!.. Hahaha.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Cayalah Dato Seri Nizar, MENTERI BESOR PEROK!
    Kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai!

    BalasPadam
  3. bagus juga cara DS Nizar ni...lepas ni kalau ada majlis ceramah UMNO pimpinan PAS pakat pergi dan duduk kat depan penceramah...kalau ada peluang bersoal jawab...apalagi soal dan jawable...ini strategi yg boleh membuktikan kepada orang ramai siapa sebenarnya membawa mesej kebenaran...

    BalasPadam
  4. Bravo DS Nizar..ni baru anak jantan..pencacai umnongok x nak komen ke??'Kah kah kah...

    BalasPadam
  5. hahaha.... muka epic failed.... kesian UMNO

    BalasPadam
  6. Baru kecut telo ketua bahagian Umno..

    BalasPadam
  7. TERBAIKKKKK DATO SRI NIZAR!!!

    BalasPadam
  8. itulah perangai pemimpin UMNGOK suka buat fitnah.Banyak Nipu...tapi bila berdepan muka kecut perut...hilang telo

    BalasPadam
  9. UMNO bukan nya ada teloq pun!!Kalu menipu belakang orang berani la...sebab tu ketua depa pun penakut nak berdebat gan Anwar!1

    BalasPadam
  10. Mu memang hebatla Dato'Seri.....kalo aku mau terberak gak kat situ

    BalasPadam
  11. Ni video hero kita!
    BRAVO NIZAR!!
    http://bandar-penawar.blogspot.com/2012/05/umno-vs-bebal-penipu.html

    BalasPadam